Berapa Gaji “Frontliner” Malaysia Sebenarnya?

 

Dalam musim pandemik, peranan petugas barisan hadapan atau ‘frontliner’ amatlah ditag1ih dalam membantu kelinciran urusan pentadbiran negara.

Petugas kesihatan, polis, tentera, bomba serta pekerja-pekerja logistik merupakan kumpulan pekerja yang memainkan peranan sangat besar ketika ini. Mereka memberanikan diri berkhidmat dalam keadaan beris1iko, walaupun tahu kemungkinan untuk mereka dijangk1iti agak tinggi.

Kita masyarakat kebanyakan banyak berdepan kekangan kewangan ketika ini, tetapi bagaimana pula dengan mereka? Tahukah anda berapakah pendapatan yang diterima petugas baris hadapan untuk membantu anda semua?

1. Doktor (Pegawai Perubatan)

Kita mulakan dengan doktor dahululah, kerana doktor-lah yang paling ‘mewah’ pendapatannya, di antara semua kategori petugas yang ada.

Gaji doktor perubatan atau terma rasminya ‘Pegawai Perub4tan’ diletakkan bermula dalam gred penjawat awam UD41, memerlukan seseorang itu mempunyai kelulusan pendidikan ijazah sarjana muda perubatan.

Untuk doktor baru graduasi, mereka akan menerima gaji minimum RM2,947 belum termasuk elaun. Jumlah lima elaun yang ada iaitu perumahan, elaun tetap, krit1kal, COLA dan elaun ‘on-call’ mampu memberikan pendapatan doktor UD41 sebanyak RM4,547 sebulan.

2. Penolong Pegawai Perub4tan/Jurur4wat

Dikenali dengan nama panggilan ‘MA’ atau ‘Medical Assistance’ serta jururaw4t atau ‘Akak Nurse’, pemegang jawatan ini mempunyai tanggungjawab menawarkan perkhidmatan diagnosis penyaki1t-penyak1it asas dan ringan, memberi rawatan awal kes kem4langan dan kecem4asan serta beberapa tugas khas lain mengikut bidang.

Kedua-dua jawatan ini mempunyai dua kategori tangga gaji – sama ada di antara U29 ke U36 yang memerlukan kelulusan diploma atau U41 khas untuk pemegang ijazah.

Gaji minimum yang diterima mereka adalah bermula pada tahap RM1,797 untuk gred 29 dengan elaun perumahan dan elaun tetap, menjadikan jumlah kesemuanya RM2,257 minima.

3. Polis

Abang polis kita mempunyai turus gaji berbeza berbanding penjawat awam lain, menggunakan skim Y dengan gred YP1 dan YT1 menjadi asas kepada tangganya, kelulusan pendidikan turut menentukan pangkat dan gaji permulaannya.

Gred lantikan paling rendah dalam sistem lantikan PDRM adalah untuk jawatan Konstabel Sokongan, bergred YT1 yang memerlukan individu dilantik mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya PMR/PT3 dengan syarat lulus subjek Bahasa Melayu.

Untuk setiap lantikan YT1, gaji minimum yang akan diterima adalah RM1,220 dengan elaun perumahan, cola, khidmat awam dan elaun khas memberikan semua konstabel polis pendapatan minima RM2,215.

4. Pegawai Bomba

Berbeza dengan polis, kelulusan pendidikan minima yang diterima untuk menyertai perkhidmatan bomba adalah SPM.

Ini memberikan pegawai bomba tangga gaji lebih tinggi, bermula pada tahap KB19 secara minima. Gaji minima yang akan diterima ahli bomba peringkat KB19 yang dikenali dengan istilah ‘Pegawai Bomba Gred KB19’ adalah RM1,360 sebulan.

Mereka juga akan menerima elaun perumahan, cola dan khidmat awam menjadikan pendapatan bulan bomba sekitar RM2200-RM2350.

Anggota bomba menarik nafas lega selepas elaun khas kebombaan sebanyak RM200 diperkenalkan dalam belanjawan tahun 2020, menyamakan skim perkhidmatan mereka seiring dengan tentera dan polis yang sedia ada mempunyai elaun tersendiri.

5. Tentera

Skim dan gred di dalam perkhidmatan tentera akan berpandu kepada kelulusan pendidikan dan pangkat yang dipegang, mengikut bidang ketenteraan yang dimasuki.

Dalam sistem perjawatan tente3ra, individu paling bawah diklasifikasikan sebagai Askar Laskar Angkatan Tetap dengan tangga gaji Gred ZA1, memerlukan kelulusan SPM serta mempunyai gaji permulaan tanpa elaun pada kadar RM1,459.

Elaun yang mereka terima adalah elaun khidmat, elaun khas tentera serta elaun perumahan bergantung lokasi di mana mereka berkhidmat. Secara amnya, pendapatan bulanan minima seorang pegawai tente3ra adalah RM2,074.

Sumber : https://iluminasi.com/bm/berapa-gaji-frontliner-malaysia-sebenarnya.html

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit : MEDIAVIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*