LeIaki ini Sempat Merakam Detik Menakutkan Spt Pocong Ketika Warga Sbk Bernm Digemparkan Misteri Ketukan Pintu

 

Seorang penduduk, Nor Azuwa Shaaban, 31, berkata, bunyi misteri sama turut dialami dua adiknya, Nur Farzana, 22, dan Nurul Farisya, 17, yang menetap di Kampung Batu 38.

Katanya, kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin itu dialami selepas Nur Farzana menyelesaikan tugasan kerja di beranda sebelum masuk ke dalam rumah.

“Nur Farzana yang masuk ke rumah terdengar bunyi pintu depan diketuk.

Dan kebetulan seorang lagi adik saya (Nurul Farisya) yang sedang duduk di sofa turut mendengar bunyi sama.

“Semasa kejadian mereka berdua tidak berani membuka pintu dan pada keesokannya kecoh di dalam WhatsApp.

Dan Facebook mengenai penduduk diganggu dengan bunyi ketukan tanpa salam itu,” katanya.

Bagi Nor Zaihana Yaakob, 38, pula mengakui kejadian seram itu turut dialami ketika dia bersama dua anak dan ibunya berada di rumah mereka di Kampung Tengah.

Nor Zaihana memberitahu, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku semasa dia sedang menidurkan bayinya berusia empat bulan.

“Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja, namun sangkaan meleset.

Ini apabila saya menjenguk di tingkap mendapati tiada sesiapa di luar rumah.

“Seram jugalah dengan peristiwa ini, lebih-lebih lagi suami tiada di rumah kerana bekerja malam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, pihaknya ada menerima banyak aduan berhubung perkara itu.

Malah, katanya, dia sendiri turut diganggu bunyi ketukan pintu itu semasa berada di rumahnya pada jam 11 malam kelmarin.

“Boleh dikatakan hampir separuh penduduk kampung ini mengadu kejadian sama.

Dan saya menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan tidak membuka pintu jika terdengar bunyi meragukan,” katanya.

Beliau berkata, penduduk dinasihatkan menghubungi polis atau pihaknya selain jiran terdekat sekiranya ternampak sesiapa yang mencurigakan.

“Kami telah mengambil tindakan antaranya melakukan rondaan membabitkan sukarelawan MPKK bermula jam 10 malam hingga 3 pagi di sekitar kampung ini,” katanya.

Terakam Kelibat Entiti Seperti Pocong

Penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam mendakwa telah diselubungi gangguan ketukan pintu rumah mereka tanpa memberi salam sejak kebelakangan ini.

Gangguna misteri itu dipercayai menganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung disekitar kawasan tersebut.

Kisah ini diceritakan oleh salah seorang penduduk yang bernama Khairol Anuar selepas team SK menghubunginya hari ini.

Khairol merupakan salah seorang mangsa gangguan tersebut.

“Selepas saya pulang dari berniaga, dalam pukul 10.30 malam macam tu, saya terdengar bunyi ketukan yang kuat.

Dan berkali-kali tanpa memberi salam di pintu dapur rumah saya,” katanya.

“Pada mulanya saya biarkan sahaja sebab saya ingatkan anak saudara saya yang datang.

Tapi hairannya bunyi ketukan itu sangat kuat seperti seseorang yang ingin masuk ke rumah dengan cepat.

Saya pun ambil keputusan untuk intai di tingkap dan mendapati tiada siapa,” tambahnya lagi.

Paling mengerunkan, ketukan tersebut berbunyi sekali lagi namun kali ini di dalam bilik air yang telah hanpir setahun keluarganya tidak guna.

“Seluruh tubuh saya menggigil dan bulu roma meremang secara tiba-tiba apabila mendengar ketukan kuat dari arah tandas tersebut.”

Sejurus kejadian tersebut, dia memuatnaik satu status di ruangan Whatsapp story.

Lebih memeranjatkan lagi, beberapa penduduk kampung yang mengenalinya turut menceritakan perkara yang sama.

Seorang individu berjaya merakamakan kelibat entiti yang dipercayai sebagai pocong di Sabak Bernam, Selangor.

Pocong berjaya dirakam di tepi tingkap rumah sabak bernam

Ketika kejadian ini penduduk Sabak Bernam telah dihantui dengan ketukan misteri.

Rata rata percaya pocong yang ketuk pintu rumah mereka.

Video Penuh:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: LAMANMAYA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*