Isteri dedah keadaan terkini Alif

 

Kuala Lumpur: Isteri kepada penyanyi Alif Satar, Sha Dila Halid memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik dan enggan terlalu memikirkan apa yang dilaluinya ketika ini.

Sha berkata, Alif yang kini menjalani kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti berfaedah.

“Saya tahu em0si dan fikiran Alif terganggu, namun dia tak mahu larut dengan perasaan dan kegelisahan hati. Alif cuba alih perasaan tidak tenteram dengan bersenam, membaca al-Quran dan pelbagai aktiviti lain. Dalam masa sama, Alif juga bimbangkan keadaan saya dan anak-anak.

“Jika ikutkan, Alif nak minta dipindahkan ke pusat perubatan di Sungai Buloh, tetapi doktor tidak membenarkan. Saya tak putus berdoa supaya suami terus kuat dan sembuh secepat mungkin,” katanya.

Menurut Sha, sebagai kontak rapat, dia dan tiga cahaya mata, Alisha Anugerah, 4, Ariana Mecca, 2, dan Muhammad Ali, 1, sudah melakukan ujian saringan di kediamannya, jam 9.30 pagi, hari ini.

“Saya minta jauh dari dij4ngkiti Covid-19, selama ini. Satu pengalaman yang saya percaya semua orang enggan melaluinya, tetapi akhirnya datang juga. Saya hanya reda dan pasrah. Jauh di lubuk hati, saya mengharapkan keputusan yang diperoleh menyebelahi saya dan anak-anak.

“Saya menitiskan air mata melihat tiga cahaya mata perlu melalui ujian swab. Anak sulung agak okay dan hanya terkejut apabila melakukan ujian calitan pada bahagian hidung dan mulut.

“Anak kedua mulanya agak takut, tetapi berjaya ditenteramkan. Anak bongsu pula hanya menangis sekejap, kemudiannya kembali tenang,” katanya.

Katanya, dia memohon orang luar untuk mendoakan keluarga dan kontak rapat lain akan mencapai keputusan negatif.

“Andai kata mendapat keputusan negatif, saya dan anak-anak akan melakukan ujian swab kali kedua untuk memastikan kami benar-benar selamat dan negatif,” katanya.

Sha berkata, selepas membuat persembahan pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 Jumaat lalu, keesokan harinya Alif terus ke Melaka untuk menghabiskan baki penggambaran drama Penjara Janji terbitan JS Pictures selepas solat Subuh.

“Suami mengetahui kontak rapat yang ditemui pada Selasa lalu positif Covid-19 pada tengah hari. Dia tidak berlengah dan terus ke sebuah pusat perubatan di Melaka untuk menjalani ujian saringan dan mendapat keputusan positif semalam,” katanya.

Dalam pada itu Alif mengucapkan rasa syukur dan sebak selepas menerima pesanan dan doa dari Ustaz Abdul Karim.

Berikut rakaman video yang di muat naik Aliff ke Ig rasmi beliau

” MASYAALLAH.. Alif terima banyak ucapan dan doa dari kalian semua.

“Alif terima pesanan khas dari ustaz @abdulkarimalmakki sebentar tadi.. ada doa dan pesanan yang Ustaz ada titipkan dalam video ni yang Alif rasa boleh suntik semangat buat semua yang sama situasi dengan Alif. Dari Alif sendiri sebagai pesakit covid19, alif cukup memahami apa yang sedang oleh pesakit dan juga bekas pes4kit covid19 dari segi m3ntal.. No one asked to be sick, and trust me I don’t even wish this upon my worst enemy. Jadi alif cukup memahami apa yang sedang oleh pes4kit dan juga bekas pes4kit covid19 dari segi m3ntal.. No one asked to be sick, and trust me I don’t even wish this upon my worst enemy. Jadi alif memohon agar semua teruskan berdoa buat semua yang terkesan dengan Covid19 agar terus kuat untuk kembali sembuh dan semoga w4bak ini pergi meninggalkan kita secepat mungkin.

p/s Terima kasih frontliners yang bertungkus lumus membantu dan menjaga situasi covid19 di negara kita. I am witnessing this first hand, they are the truly superheroes. What they are doing are truly remarkable. THANK YOU.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : Media Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*