Selepas Alif Satar Positif Covld-19, Menteri Buka Mulut Buat Netizen Tak Puas Hati

 

SUSULAN penyanyi Alif Satar disahkan positif Covi1d-19, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) diarah mempertimbangkan kewajaran menangguhkan semua program hiburan memandangkan penyebaran wab4k itu menunjukkan peningkatan ketara.

Bagaimanapun Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti punca penyanyi berkenaan dijangkiti virus maut itu.

“KKM sedang meneliti sama jang1kitan berlaku ketika dia membuat persembahan atau di luar (lokasi program). Rumah dia di Kuala Lumpur dalam kawasan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)… jadi besar kemungkinan jangkitan tu berlaku di luar.

“Mengenai penangguhan, memandangkan hal berkaitan hiburan di bawah bidang kuasa KKMM, saya akan bawa isu ini untuk mereka pertimbangkan sama ada perlu ditangguhkan atau tidak,” katanya menerusi sidang media pada Isnin.

Isu penangguhan program hiburan dibangkitkan berikutan kebimbangan orang ramai mengenai penyebarannya dalam kalangan penggiat seni jika gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Alif memohon doa agar diberikan kekuatan menempuh dugaan ini.

Pada Ahad Alif, 30, mengesahkan dia positif waba4k itu selepas menjalani ujian saringan pada Sabtu.

Pada Jumaat Alif membuat persembahan pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Alif kini dirawat dan menjalani kuar4ntin di sebuah pusat perub4tan di Melaka.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu, bapa, adik bongsu dan pembantu peribadi Alif turut disahkan positif Covi1d-19.

Pengurus Alif, Adlina Abu Bakar ketika memaklumkan perkara itu berkata, ibu bapa Alif iaitu Nor Hafiza Muhammed, dan Mohamed Satar Ramli serta adiknya yang dikenali sebagai Jim menjalani ujian saringan pada Sabtu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*