Jari Kelingking Puteri Aishah Cedera Parah – “Saraf Hampir Putus, Terp0tong Jari Sehingga Terkena Tulang!”

 

Pelakon Puteri Aishah mengalami kecederaan parah di bahagian jari kelingking tangan kiri selepas terkena hirisan pis4u.

Sehubungan itu pelakon filem Pulang tersebut dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta petang semalam (Isnin) kerana perlu menjalani pembedahan dengan segera.

Perkara tersebut disahkan pengurus Puteri Aishah, Iman Tang yang turut memberitahu perkembangan terkini pelakon berkenaan.

“Ketika kejadian, Puteri yang sedang memotong buah Avocado terpotong bahagian jari kelingkingnya sehingga terkena bahagian tulang.

“Keced3raan dialami Puteri Aishah agak serius kerana saraf pada bahagian jari itu terputus serta sangat membimbangkan.

“Mujur ketika kejadian, Puteri Aishah ditemani seorang teman. Jika tidak, tak tahu apa yang bakal terjadi kerana dia mengalami pendar4han yang agak banyak,” katanya.

Tambah Iman lagi sebaik tiba di hospital, doktor memberitahu pembedahan perlu dilakukan segera atau Puteri Aishah akan mengalami kecac4tan kekal pada jari tersebut.

“Doktor kata kalau tidak dibedah, jari Puteri Aishah mungkin tidak akan berfungsi lagi seperti biasa.

“Selepas dua jam, pembedahan selesai dilakukan dan Puteri Aishah berada dalam keadaan stabil. Cuma sekarang dia masih belum sedar kerana kesan bius,” katanya ketika dihubungi Gempak malam tadi.

Dalam pada itu, Iman turut memohon peminat mendoakan Puteri Aishah agar segera sembuh.

“Saya belum ada kesempatan untuk melawat Puteri Aishah dan mungkin akan ke hospital esok. Doakan dia sembuh ya.

“Puteri Aishah baru selesai menjalani penggambaran dan disebabkan kemalangan yang berlaku, Puteri Aishah mungkin akan berehat buat seketika,” katanya.
Sumber via Gempak

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*