Ketepikan Cita Cita Demi Rawatan Adik Sehingga Mencari Rezeki Menjual Di Tepi Jalan

 

SIAPA sangka seorang anak muda yang berniaga di sebuah gerai di tepi jalan sebenarnya mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi juruterbang.

Menerusi satu perkongsiannya di laman sosial sehingga menjadi tular, pemuda berkenaan memuat naik foto dirinya pernah bertugas di sebuah syarikat penerbangan dan gambar terkini sedang menanti kedatangan pelanggan di gerainya.

Berkongsi kisah di sebalik satu ciapan di laman Twitter itu, pemuda berkenaan, Ahmad Izarul Naim Mohd Rozahar berkata, dia bertugas sebagai pembantu khidmat pelanggan secara sambilan di sebuah syarikat penerbangan sejak Disember lalu.

Anak muda berusia 19 tahun itu bagaimanapun memberitahu, perkhidmatannya di syarikat tersebut hanya bertahan selama empat bulan sehingga Mac lalu berikutan pandem1k Cov1d-19.

 

Perkongsian Izarul di laman sosial menjadi tular.

“Industri penerbangan terjejas akibat pandem1k, termasuk saya yang bekerja secara sambilan dan tiada job ketika itu. Jadi, saya mengambil keputusan untuk berhenti.

“Tak ada job, tak adalah duit. Jadi, saya perlu cari sumber pendapatan lain buat sementara waktu,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Izarul, katanya, cita-citanya untuk menjadi juruterbang sejak kecil membuatkannya berhasrat untuk menyambung pengajian dalam jurusan penerbangan.

Meminati bidang penerbangan sejak kecil.

Namun hasrat itu terpaksa ditangguhkan berikutan kekangan kewangan keluarga, terutama perlu menanggung kos untuk rawatan adiknya yang baru berusia 15 tahun menderita k4nser tulang tahap krit1kal.

“Keluarga saya bukan orang senang, masa tu pula kami perlu tanggung kos rawatan adik. Jadi, saya menyambung pengajian dalam peringkat sijil terlebih dahulu.

“Saya mengikuti pengajian dalam jurusan kru kabin dan pembantu khidmat pelanggan penerbangan, kedua-duanya sijil di Edufly College di Kuala Lumpur pada 2019,” katanya sambil menambah adiknya meninggal dunia, Ogos lalu.

(gambar kiri) Izarul (kiri) bersama rakan-rakan setugasnya. (gambar kanan) Izarul ketika menjalani latihan amali.

Walaupun tidak mengikuti pengajian berkaitan juruterbang, anak sulung daripada tiga beradik itu bersyukur kerana berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang penerbangan.

“Rezeki itu ada di mana-mana. Buat masa ini, saya cari pengalaman dahulu selagi boleh. Belum ada rezeki dalam bidang penerbangan, saya berniaga secara kecil-kecilan.

Rezeki itu ada di mana-mana. Belum ada rezeki dalam bidang penerbangan, saya berniaga secara kecil-kecilan

AHMAD IZARUL NAIM MOHD ROZAHAR

“Selepas berhenti dari syarikat penerbangan itu, saya buka bisnes menjual masakan barat sejak Mei lalu. Saya yang masak, saya juga yang buat penghantaran secara COD (pembayaran tunai semasa serahan),” ujar Izarul yang berasal dari Segamat, Johor.

Perjalanannya dalam bisnes juga tidak semudah yang disangkakan berikutan impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana peringkat awal hanya terjual lima kotak makanan sehari.

Sebelum membuka gerai, Izarul (kanan) menjual makanan secara COD.

“Lama-kelamaan pelanggan semakin bertambah. Dengan sedikit simpanan hasil berniaga, saya memberanikan diri untuk membuka gerai di Segamat Baru, kira-kira dua minggu lalu.

“Dari 10 hingga 15 kotak makanan sehari di gerai, jualan kini mampu mencecah sehingga 40 kotak sehari selepas posting saya menjadi viral,” katanya.

Bersyukur dengan perkembangan yang memberangsangkan ketika waktu sukar ini, Izarul masih memasang impian untuk bergelar juruterbang.

“Bila keadaan kembali pulih dan industri penerbangan semakin rancak, saya akan berusaha menyambung pengajian untuk jadi pilot. InsyaAllah, suatu hari nanti,” katanya.

 

Sumber: Mstar via Teh Tarik Kaw

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*