Fenomena filem Mael Totey The Movie (MTTM) masih lagi menjadi perbualan hangat di kalangan peminat filem melayu. Malah kini filem arahan personaliti media sosial, Syahmi Sazli telah mencapai kutipan paling tinggi kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari. Lebih membanggakan, apabila kos pembikinan MTTM yang menelan RM400,000 menggunakan kos sepenuhnya yang ditanggung sendiri.
Untuk makluman, jumlah itu mendahului kutipan nombor 1 Astro First yang dahulunya didominasi filem Polis Evo pada tahun 2015 dan diikuti filem Hantu Kak Limah (2018).
Biarpun telah menempa kejayaan yang menakjubkan, pengarah filem ini masih kelihatan dengan gaya yang sempoi dan bersahaja. Pakai T-shirt serta bertopi santai. Begitu juga dengan pasangannya, Anissa Faizul masih gaya yang sama, manis bertudung bawal tanpa solekan yang tebal tetap manis di padang mata.
Jelas perwatakan mereka dilihat menerusi perkongsian isteri, Syahmi Sazli yang membuat kejutan memberi hadiah papan tanda di premis perniagaan mereka.
Ikuti perkongsian pasangan sweet ini.
Favorite song with favorite person
Perempuan dengan suprise tak leh berpisahkan? Walau bukan dia penerima suprise tapi akan ada je suprise yang perempuan akan buat.
So, tadaaa~ Suprise new led box untuk bosmi. Sebenarnya Nissa nak buat signboard, lepastu bila fikir balik tak selesa pulak kalau Nissa je yang baru sebab bosmi nak guna signboard yang lama je. Then, bincang punya bincang dengan @uvprintstation, akhirnya keluarlah idea nak buat suprise led box Syahmi Sazli Production ni.
Boleh doh baba mung belajar wak suprise sekali ko bini mung ni
Dua tahun kami berkongsi office yang kecil & sekarang alhamdulillah masih berkongsi lagi tapi dengan lebih selesa.
Terima kasih suamiku menjadi tulang belakangku, sentiasa support apa yang bini buat walaupun tahun lepas ke laut cina selatan tapi tetap hadooo.
Kejutan buat suami
Terkejut dengan hadiah isteri.
Menjengah diruangan komen, rata-rata peminat menyukai gaya pasangan yang kelihatan santai walaupun sudah bergelar jutawan dengan kejayaan filem pertama mereka.
“Doakan kami kekal macam ni ye”- Anissa
Sumber: anissafaizul
Musim Banjir aka Musim Meng4wan Dah Tiba, Kata Syahmi Syazli. Sekali Faizal Tahir Komen, Semua Berdekah
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pengarah filem Mael Totey The Movie Syahmi Syazli kerana mendapat kejayaan besar di Astro First.
Difahamkan filem Mael Totey The Movie (MTTM) berjaya mencatat sejarah baharu apabila menerima kutipan sebanyak RM6.4 juta menerusi saluran itu.
Apa yang lebih membanggakan, MTTM turut memecah rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk siaran di Astro First.
Sementara itu Syahmi Syazli dilihat sangat bersahaja ketika berhadapan masalah banjir rumahnya di Kelantan.
Syahmi yang juga merupakan selebriti media sosial popular di YouTube itu memuat naik fotonya di Instagram (IG) sedang minum air dalam cawan sambil menenggelamkan kakinya ke dalam air banjir di hadapan rumahnya.
” Musim sudah tiba. Musim banjir a.k.a musim meng4wan,” tulisnya di dalam kapsyen.
Foto tersebut telah mendapat perhatian pengikut laman sosial tersebut yang rata-rata terhibur dengan gelagatnya.
Namun pengikutnya serta rakan artis juga dalam masa yang sama serba salah sama ada mahu berasa simpati atau lucu dengan foto berkenaan.
” Takkan mengawan ikut musim,” kata pelawak Achey
” Tak tahu nak gelak ke nak kesian, jadi kita gelak dalam sedih jelah,” komen lucu dari Faizal Tahir.
” Steady je,” kata salah seorang pengikutnya.
” Tak lama lagi Ainul (anak Syahmi) dapat adik laa..” tulis Safiq
Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan Syahmi dan keluarga dipermudahakan dalam menghadapi ujian tersebut.
Sementara itu, menerusi perkongsian Syami di IG Story, Syahmi sempat memuat naik beberapa video yang merakamkan keadaan di hadapan rumahnya yang ditenggelami air.
Dalam video tersebut Syahmi dan isteri terjumpa hidupan laut seperti ketam kecil dan udang di dalam air banjir.
Syahmi turut berkongsi dalam entri berasingan dengan memaklumkan sudah 32 hari berturut-turut filem Mael Totey The Movie (MTTM) berada di tangga pertama.
” Agak-agak berapa dah kutipan? Nanti mi update..
” Terima kasih atas sokongan anda semua yang tak putus-putus!” kata Syahmi yang berasal dari Kelantan.
Sebelum ini, pengarah dan penerbit Ellie Suriati memberitahu kejayaan filem Mael Totey The Movie yang berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta itu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.
Ellie menerusi temu bual bersama mStar pada Khamis lalu berkata, filem tersebut masih belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem.
Sementara itu pengarah muda, Syamsul Yusof pula berpendapat Syahmi Sazli mempunyai pengikut dan cita rasa tersendiri.
Sumber via trendingsgt
Leave a Reply