Tiada lagi karya Ise… Pengasas Artortoise meninggl dunia, Dr Dzulkifli titip doa.

 

PELUKIS karikatur terkenal, Mohamad Ikhsan Kamarudin atau Ise dilaporkan meninggl dunia pada awal pagi Selasa.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Artortoise.

“Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan Kamarudin telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.

“Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya-karya beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja,” ujar pengendali Facebook itu.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut berkongsi khabar duka mengenai pelukis itu menerusi media sosial miliknya.

Makluman mengenai pemergian pelukis itu menerusi Facebook.

Dalam posting itu, Dr Dzulkifli turut berkongsi foto cenderahati yang mempamerkan karikatur dirinya yang diberikan oleh Allahyarham sebelum ini.

“Setiap kali terpandang beg cenderahati di pejabat saya, pasti teringat @artortoise.

Moga diganjari syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena.

DR DZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

“Lukisan itu hadiah beliau kepada saya. Moga diganjari syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena.

“Sama-sama kita sedekahkan bacaan Surah al-Fatihah,” ujarnya.

Untuk rekod, Allahyarham pernah tampil menerusi temubual mStar pada 12 Februari lalu.

Beg cenderahati pemberian Allahyarham kepada Dr Dzulkifli.

Dia pada waktu itu meluahkan rasa terkilan apabila karikatur pelawak, Allahyarham Abam Bocey yang dilukis digunakan sesuka hati oleh pihak tertentu tanpa mendapat kebenarannya.

Sebelum itu, dia juga pernah menghasilkan banyak karikatur figura terkenal termasuklah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*