
Peguam kepada Da’i Syed iaitu Peguam Ahmad Amzar, sewaktu ditemubual dalam video Mstar berkata:
“Saya juga dimaklumkan ada banyak report yang tiba-tiba baru muncul daripada merata-rata ada kemungkinan dia akan disambung g4ri. Ada kemungkinan dia akan disambung gari lepas habis r3man di sini kebalai-balai lainlah, mungkin di Petaling Jaya dan sebagainya”.
Apa istilah sambung gari ini? Bagi siapa-siapa yang mengikuti Kes Boy Iman dahulu, mungkin pernah dengar istilah ini. Pernah famous kes ini satu ketika dulu.
Apa itu reman? Reman adalah bagi tujuan si4satan dan bukan hu-kuman.
Tah4nan r3man jika dibenarkan oleh Akta, maksimum pun adalah 14 hari. Nak tahu lanjut pasal reman, saya share link di ruang komen, tulisan saya minggu lepas berkenaan proses reman Da’i Syed ini.
Jadi reman ada had masa. Kalau tahan lebih lama ianya adalah bertentangan dengan undang-undang tetapi adalah diingatkan untuk setiap satu laporan, ada siasatan yang berlainan perlu dibuat.
Misalnya dalam kes Da’i Syed ini, tiba-tiba ada 6 laporan keseluruhannya terhadapnya. Bermakna perlu ada siasatan berlainan yang perlu dibuat dan bakal direman bagi siasatan lain.
Sebelum ini dia direman kerana laporan polis yang pertama tetapi ada lagi laporan polis, ada lagi si4satan.
Jadi tah4nan r3man yang terdahulu adalah untuk laporan yang sebelum ini, bagi laporan-laporan lain dia bakal ditahan reman lagi.
Itulah yang dimaksudkan oleh peguam Da’i Syed, ‘sambung gari’. Habis sahaja tempoh reman yang diberikan oleh mahkamah bagi si4satan kes yang pertama, Da’i Syed akan diserahkan kepada balai yang lain bagi tujuan siasatan kes yang selanjutnya.
Maka bermulalah proses tahanan reman bagi siasatan kes yang lain pula. Dalam erti kata lain, sambung gari.
Pun begitu, proses ini bukanlah bagi tujuan menghukum tetapi adalah untuk tujuan siasatan dan bagi memastikan suspek memberi kerjasama.
Jika kita lihat dalam kes Boy Iman terdapat 210 laporan polis yang dibuat berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan oleh dua syarikat termasuk DBI Properties.
Boy Iman dan suspek yang lain telah ditahan reman di beberapa buah mahkamah dan akhirnya Mahkamah Majistret di Kuantan telah menolak permohonan reman terhadap suspek.
Kata peguam Boy Iman ketika ditemubual oleh Mstar waktu itu “Tempoh itu (t4hanan reman) sudah mencukupi untuk pihak polis melengkapkan siasatan dan tiada keperluan lagi untuk menahan reman anak guam saya selama empat hari seperti yang diminta hari ini kerana siasatan melibatkan kes yang sama, cuma mngsa yang berbeza”.
Itulah prosesnya sambung gari. Walaupun ianya bukan hukuman tetapi dibawa ke balai yang berbeza, mahkamah yang berbeza dan juga ditahan sebagai tahanan, fuh! Seksa prosesnya itu.
Seperti yang dilaporkan oleh Mstar, Ketua Siasatan Jenayah Selangor menyatakan bahawa pihak polis akan mendapatkan perintah mahkamah bagi menyambung reman terhadap Da’i Syed kerana telah menerima beberapa laporan terbaru.
Beliau juga meminta orang ramai yang mungkin menjadi mangsa untuk membuat laporan polis. Jika ada laporan lain lagi, maka barangkali berlanjutanlah lagi.
Bukan mudah mangsa rogol hendak tampil untuk membuat laporan. Perlu kuat dari segi mental, emosi dan proses disoal siasat selepas buat laporan, kemudian pemeriksaan oleh doktor bagi mengesahkan dirogol atau tidak.
Kebiasaannya kebanyakkan m4ngsa ingin memam4damkan dari memori tetapi proses begini mungkin boleh memberi t3kanan kepada m4ngsa.
Semoga kalian jelas tentang proses sambung gari dan juga serba sedikit tahu berkenaan undang-undang yang melibatkan dakwaan r0gol melalui tulisan saya yang terdahulu.
Oleh Nor Zabetha
Dalam perkembangan terkini Penyanyi Hafiz Hamidun mendedahkan dia ada bertemu dengan pendakwah muda, Da’iSyed pada malam sebelum penceramah selebriti itu ditahan polis berhubung dakwaan r0goll seorang gadis.
Menurut Hafiz atau nama sebenar Mohammad Hafiz Hamidun, 36, pertemuannya itu bagi mendapatkan pandangan dan nasihat serta menghulurkan bantuan guaman sewajarnya kepada selebriti itu.
“Malam sebelum dia ditahan, dia ada berjumpa dengan saya, minta nasihat dan pandangan. Apa yang saya boleh nasihat, saya nasihatlah dan saya juga berikan contact peguam yang kini mewakili dia.
“Saya dah beritahu Syed, kena hadapi segala-galanya secara mental dan fizikal. Dia tunduk dan faham.Semoga Syed belajar daripada pengalaman ini. Saya bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Syed Iqmal,” kata Hafiz menerusi Instagram pada Selasa.
Pada 26 November lalu, Syed ditahan selepas polis menerima laporan dakwaan r0golll terhadapnya.Pendakwah yang dicungkil bakat menerusi program realiti ini direman bermula Jumaat lalu dan disambung sehingga Ahad ini.
Sementara itu, Hafiz berkata dia sama sekali tidak menyokong tindakan tidak berm0ral yang dilakukan pemuda berusia 25 tahun itu jika benar-benar didapati terbabit dengan j3nay4hh tersebut.
“Pada saya yang salah tetap salah tetapi sebagai kenalan tetap ada simpati kepada dia… tidak sekali sokong apa yang dilakukan kalau betul,” ujarnya.
Terdahulu, Pengarah Jabatan SiasatanJ3nay44h Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis menerima tujuh laporan polis iaitu dua membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan (r0goll), tiga kes bagi Seksyen 354 Kanun Keseksaan (cabulll) dan satu kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan (s3kss luartabii).
Sementara itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Da’iSyed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25, ditahan semula pada pagi Selasa selepas tempoh reman pertama berakhir pada 1 Disember.
Suspek ditahan reman selama lima hari lagi sehingga 6 Disember bagi membantu siasatan.Peguam yang mewakili suspek iaitu Ahmad Amzar Ahmad Azlan memberitahu pihak media, Da’iSyed menafikan kesemua tuduhan yang dibuat ke atasnya.
Leave a Reply