Ramai suruh Ebit Lew jadi Perdana Menteri, tapi jawapan dari Ebit Lew memang buat ramai terpana

 

Nama pendakwah popular, Ebit Lew pastinya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia dimana sentiasa tampil membantu insan yang tidak berkemampuan sepanjang pandemik Covid-19 di negara ini.

Disebabkan perkara itu, terdapat segelintir pengguna media sosial mewujudkan tanda pagar #EbitLewForPM atas usaha murninya yang tidak jemu menghulurkan bantuan.

Tidak minat politik

Memetik laporan sumber Kosmo! Online, bagaimanapun pendakwah berusia 35 tahun itu tidak berminat untuk menceburi dalam bidang politik.

Menurut Ebit, beliau menyatakan bahawa politik bukanlah bidang yang sesuai untuk dirinya kerana tidak memahami selok-belok mengenai bidang tersebut.

“Sekarang, saya lebih berminat dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Insya-Allah saya akan terus begini dan niat saya sampai bila-bila pun begini,” katanya.

Berdoa agar dimurahkan rezeki

Selain itu, beliau turut memohon agar sentiasa dimurahkan rezeki agar sentiasa dapat membantu orang ramai sehingga tiada siapa yang akan tercicir.

Walaupun kadang-kala terlepas pandang sehingga menerima kecaman, Ebit tidak berkecil hati sebaliknya terus berusaha untuk turun padang yang sering dinantikan oleh masyarakat.

“Saya sedar ramai terdesak dan sangat memerlukan ketika pandemik ini. Mereka kecewa dan tak tahu apa nak buat. Sama-sama kita bantu semampu boleh,” ujarnya.

Ebit Lew Dedah Kisah Hidup Dan Perniagaan Dimilikinya

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengenang kembali situasi sukar yang pernah dilalui sebelum mengecap nikmat hidup sekarang.

Menerusi entri terbaharu di Instagram, beliau berkongsi kisah kehidupannya sebelum dilimpahi rezeki melimpah ruah, sehinggakan membuat warganet berasa sebak.

“Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

“Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti,” tulisnya.

Ebit Lew memberitahu, ketika dahulu dia sukar diterima bekerja gara-gara penampilan yang selekeh.

“Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin tak ada. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja.

“Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk RM2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat RM2 tu. Besar nilai untuk saya,” katanya.

Bermula dengan bekerja sebagai pakar motivasi, namun semangat memajukan diri akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kepadanya.

“Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama empat tahun.

“Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program Keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia,” dedahnya.

Yakin dengan rezeki setiap orang, beliau mampu tersenyum lebar selepas lama-kelamaan pendapatannya semakin berkembang menerusi beberapa cabang perniagaan yang dimiliki.

“Saya ada tiga restoran Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia dan nak buka di luar negara. Belum sempat saja. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah.

“Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah lapan tahun tulis masih laris sampai sekarang. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat.

“Syukur saya ada dua program televisyen. Dua tahun dah. Door To Door Ebit Lew di Astro Oasis dan A bit With Ebit di TV Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah dua musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya, Ebit Lew memberitahu, punca rezeki murah adalah kerana tidak meninggalkan solat dan melupakan orang tua, serta tidak berhenti bersedekah.

“Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang.

“Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa,” akhirinya dalam kapsyen panjang lebar berkenaan.

Perkongsian itu disertakan dengan foto beliau bersama Isteri dengan berlatar belakangkan kediaman banglo dan dua buah kereta.

Kenyataan itu dipercayai sebagai respon balas terhadap persoalan segelintir pihak yang meragui dirinya sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, pendakwah ini dibenarkan untuk menyambung semula aktiviti kebajikannya kepada individu yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Kosmo! Online ( Mohd Haikal Isa)/illuminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*