Penantian Berakhir, Pasangan Sambut Bayi Pertama Selepas 21 Tahun Menunggu Cahaya Mata

 

Tempoh panjang yang dilalui seorang ibu dari Indonesia ini akhirnya berakhir apabila dia hamil dan berjaya melahirkan zuriat sulungnya selepas ‘penat’  menanti selama 21 tahun.

Kisah tra-gis ini dikongsikan Pakar Kebidanan dan Kehamilan Klinik Bayi Tabung Morula IVF Surabaya, Dr. Benny Arifin yang menceritakan tentang kejayaan pasangan bertuah tersebut, Su’udiyah, 44 dan suaminya, Somidi, 51 menerusi laman Instagram.

“Puan Su’udiyah berhasil hamil dengan program bayi tabung (IVF). Ini adalah kehamilan pertamanya. Saya berkongsi kisah ini agar kita jangan sesekali untuk berputus asa. Jangan!

“Mereka menunggu selama 21 tahun. Bayangkan 21 tahun! Tuhan akhirnya menjawab ketaatan, ketekunan dan keimanan mereka yang luar biasa.

“Tidak banyak pasangan boleh mampu bersama selama 21 tahun (untuk) saling menyokong dan menguatkan agar tidak patah harapan untuk memiliki anak,” katanya dalam satu hantaran di Instagram baru-baru ini.

Jelas Dr. Benny, pelbagai usaha dijalankan pasangan tersebut sebelum ini, malah sanggup berjalan jauh semata-mata mahu berikhtiar.

Kredit gambar: Instagram

“Saya menjadi saksi perjuangan mereka yang sangat tidak mudah. Mereka tinggal 15 kilometer di luar Kota Sumenep, Dusun Pakondang Daya, Madura. Enam jam perjalanan dari Surabaya.

“Demi menemui saya untuk konsultansi pada waktu pagi di sini, mereka (sanggup) berangkat dari rumah menaiki bas seawal pukul 2 pagi,” katanya lagi.

Dalam usaha berikhtiar mencari sumber kehamilan, Su’udiyah dan suaminya gigih mencari rezeki dengan menjual kerepek di Kompleks Asta Tinggi, Jawa Timur.

Selain itu, Dr. Benny turut menceritakan usaha pasangan tersebut sejak mula-mula diperkenalkan kepadanya oleh rakan setugasnya, Dr. Rahmi.

“Proses bayi tabung mereka sama macam pesak-it lain. Setelah mendapat embryo, mereka bahkan harus menunggu hampir setahun sebelum ia berhasil untuk dipindahkan ke dalam rahim.

“Setahun ini mereka berulang-alik ke sini dari Madura dengan penuh sabar. Sabar akan menanti rahim yang belum siap (kandungannya). Setiap kali temujanji, mereka mengikuti segala protokol yang ditetapkan dengan patuh,” pujinya.

Proses ikhtiar kehamilan terus berjalan mengikut garis masa. Lantaran selepas mendapat tahu dirinya hamil, akhirya terjurai air mata kesyukuran di wajah Su’udiyah.

“Ketika berhasil hamil, saya masih ingat detik-detik penuh terharu, tidak banyak kata-kata terungkap daripadanya, tapi wajahnya penuh dengan titisan air mata bahagia.

“Pertemuan dengan mereka, saya yakin bukan satu kebetulan semata-mata, melainkan satu rencana Yang Maha Kuasa yang saya yakin akan indah waktunya bagi kita semua. Semoga itu menjadi petanda agar saya dan kita semua ‘spread kindness’ lebih luas lagi, membahagikan sukacita dan harapan untuk semua,” luahnya lagi.

 

 

 

Sumber: InstagramAkurat via SK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*