Rumah Dinaiki Air, Terkedu Bila Ustaz Azhar Idrus Beritahu Hanya Barang Ini Yang Sempat Dia Selamatkan

 

Hujan lebat berserta ribut petir turut menjejaskan kediaman dua tingkat penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, 56, di Jalan Pusara, Kuala Terengganu yang dinaiki air sehingga paras lutut, semalam.

Ustaz Azhar atau lebih dikenali dengan UAI berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika dia keluar membeli makanan di kedai berhampiran.

” Barang-barang sudah diangkat dan diletakkan di atas meja.

” Barangan yang tak sempat tu kita beli lainlah,” katanya seperti dipetik dalam Facebook Live TV Darul Iman di sini.

Banjir turut menyebabkan tiga motosikal milik penceramah itu ditengglami air kerana tidak sempat diselamatkan.

Selain itu Utusan Malaysia difahamkan kitab-kitab dan komputer beliau turut terjejas dalam musib4h itu. Kawasan taman perumahan yang dihuni UAI antara lokasi berisIko banjir jika hujan lebat dengan kali terakhir berlaku pada 2018.

Sempat selamatkan kitab sahaja

Sementara itu menerusi satu perkongsian lain, Ustaz Azhar ditanya tentang adakah beliau sempat menyelamatkan barang-barang penting beliau ketika rumahnya dilanda banjir itu.

Namun jawapan yang beliau berikan telah menyentuh perasaan ramai.

” Ana selamatkan kitab-kitab je (sahaja), sebab hok tu (yang itu) paling berharga,” kata beliau.

Perkara itu dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi di laman sosial miliknya pagi tadi.

Berikut merupakan hantara Muhammad Khalil di Facebook miliknya yang meraih 8.9k tanda suka dan lebih seribu perkongsian.

” Saya tanya, “air naik semalam, ustaz sempat angkat tak barang-barang?”

” Ustaz Azhar jawab, “Ana selamatkan kitab-kitab je. Sebab hok tu paling berharga”

” Allahurabbi.. Akhlak seorang ulama’ terhadap ilmu. Saya doakan semoga Ustaz Azhar Idrus dipermudahkan segala urusan.” tulis Muhammad Khalil

Sekilas info tentang Ustaz Azhar Idrus

Lahir pada 12 Februari 1964 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Ustaz Azhar merupakan seorang penceramah bebas Malaysia.

Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat dengan loghat Terengganu.

Ustaz Azhar mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah.

Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2.

Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6.

Beliau telah mendapat pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Kuala Terengganu.

Ustaz Azhar telah berkhwin dan mempunyai tiga isteri serta tujuh anak.

 

Sumber via AsiaUnited

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*