JIKA dilihat menerusi cara penulisannya membalas komen netizen di laman sosial, pasti ramai yang menyangkakan pelawak Ali Puteh seorang yang bersikap gar4ng dan tegas.
Berkongsi mengenai karakter sebenar Ali, isteri iaitu Melati Fitri mendedahkan suaminya itu seorang lelaki yang berprinsip dalam kehidupan dan tidak mudah berputus asa mengejar impian.
“Awak rasa dia macam mana? Ramai yang kata dia gar4ng tapi tak la sangat sebenarnya. Dia mengurat saya masa sekolah-sekolah dahulu.
“Dia punya prinsip… selagi dia tak dapat selagi itulah dia akan try! Akhirnya Alhamdulillah sampai sekarang diberikan amanah dari-Nya yang tiada nilainya iaitu si tanje, arwah adik Ainul dan adik Syed buat masa ini,” tulisnya.
Melati berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman Instagram.
Melati jawab pertanyaan seorang peminat di Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, individu itu ingin mengetahui perangai sebenar adik kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan cara Ali memikat hati isterinya masa awal perkenalan.
“Ali tu seorang yang kelakar atau serius di luar? Macam mana dia mengurat sis?,” tanya individu berkenaan.
Sebelum ini, Ali terpalit dengan pelbagai kontrversi membabitkan dirinya dan dia juga dilihat lantang bersuara di media sosial.
Gambar kenangan Ali bersama ibu, Sabariah Arshad (duduk tengah) dan Allahyarham Abam Bocey serta isteri Norhidayah.
Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan Melati mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen berusia tiga tahun.
Pada 25 September lalu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata ketiga yang diberi nama Syed Umar Iskandar.
Tahun lalu, anak kedua mereka iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Manakala, Allahyarham Abam meningg4l dunia di rumahnya di Gombak pada Februari lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Mstar
Leave a Reply