‘Tr4gedi Syafiq sama macam yang saya alami’

 

Kuala Lumpur: Kemala-ngan nge-ri yang menimpa penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad pernah dilalui oleh seorang lagi penye-rang berbakat negara, Rozaimi Abdul Rahman pada 2015 lalu.

Jelas Rozaimi, dia mengakui trau-ma apabila kejadian yang menimpa Syafiq adalah sama seperti episod hitam dilaluinya dulu di mana kemalan-gan yang berlaku di Tuaran, Sabah menyaksikan anak saudaranya terkor-ban.

Katanya, dia menangis sebaik mengetahui kemala-ngan yang menimpa Syafiq itu.

“Saya kemala-ngan dengan kereta semua, sampai sekarang saya masih trauma. Apabila melihatnya semalam (kemalan-gan yang menimpa Syafiq Ahad lalu), saya menangis sebab masih teringat anak saudara saya.

“Dia (Syafiq) pula dengan mak mentua dan anaknya, jadi ia benda yang sama seperti yang berlaku kepada saya, saya melihat kemalan-gan itu memang dalam keadaan trau-ma.

“Saya melihat keretanya juga sama seperti kereta saya dulu, han-cur. Kemudian dia hilang orang yang tersayang, memang sama macam saya,” katanya di akaun Facebook rasmi miliknya.

Ahad lalu, Syafiq yang juga penye-rang Harimau Malaya terbabit dalam kemala-ngan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kilometer 163.6 arah utara di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Kemalangan ngeri itu mengor-bankan bayi lelakinya berusia 22 hari dan dua wanita iaitu ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45 tahun dan pembantu rumah dari Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Manakala Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2 tahun, cede-ra ringan sementara isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cede-ra parah.

Rozaimi yang pernah dijulang antara penye-rang muda terbaik Asia menitipkan nasihat dan semangat kepada Syafiq untuk tabah menerima dugaan yang berat ini.

“Anak saudara saya dulu dari kecil membesar dengan saya, saya tak boleh ingat kemalan-gan itu, saya kena ingat perkara lain daripada itu untuk menguatkan semangat diri saya.

“Kesedihan itu memang ada, rasa nak nangis pun ada bila teringat perkara itu. Tapi kita kena kuat dan jangan ingat benda yang membuatkan kira rasa hilang semangat,” katanya.

Ketika ini, Rozaimi dikaitkan dengan beberapa pasukan termasuk Sabah selepas kontraknya dengan JDT tidak disambung selepas bersama skuad Harimau Selatan itu sejak 2016.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*