Nazir Razak Elok Je Cakap Melayu Tapi Hos Meletop ‘Fefeeling Speaking, Apo?

 

Kelainan yang ditampilkan program Meletop apabila menjemput tetamu kenamaan membicarakan hal peribadi untuk kesedaran awam sewajarnya dipuji. Jadi, apabila Dato’ Sri Nazir Razak diundang untuk berkongsi mengenai pengalamannya sebagai Pejuang Kan-ser Prostat, ianya satu segmen yang segar.

Bagaimanapun, adalah memalukan apabila tetamu menjawab soalan di dalam Bahasa Melayu, tetapi hos pula feeling-feeling omputeh dengan slang bahasa Inggeris.

Netizen, Kamarool membangkitkan isu sebegini, mengapa perlu wujud perbezaan apabila menemuramah golongan kenamaan? Adakah Bahasa Melayu tidak layak untuk dituturkan?

Foto : IG

Hal sama turut dikomen pengulas industri hiburan, Sepit Siput dalam IG stories ny. Menurutnya, memang menjadi tabiat segelintir rakyat Malaysia menganggap orang kenamaan harus dilayan dengan bahasa Inggeris supaya setaraf dengan kedudukan mereka.

 

IG

Ini sangat berbeza dengan orang luar negara yang kebanyakannya sangat berbangga dengan bahasa sendiri walaupun artis yang dijemput merupakan bintang popular.

Foto : IG

 

Contoh yang ditampilkan adalah ketika aktor Tom Holland mempromosikan filem Spiderman di Perancis, namun bahasa yang dituturkan oleh hos program adalah bahasa negara itu sendiri. Manakala untuk memahami soalan tersebut, disediakan alat pendengaran telinga dan penterjemah bagi melancarkan program.

Malahan, turut diberi pujian antara artis yang tidak terikut-ikut lenggok bahasa negara luar, sebaliknya membawa identiti Malaysia iaitu Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Mas Idayu.

IG

Jadi, adakah jiwa kita begitu kecil untuk menuturkan bahasa ibunda di dalam negara? – CARI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*