Zetty Hot FM sah isteri Beto

 

KUALA LUMPUR: Perkenalan di alam siiber akhirnya membawa penyampai radio Hot FM, Zetty Nabila dan jejaka pilihan hati, bekas pemain skuad bola sepak Perak, Beto, ke gerbang perkahwinan.

Semalam, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), Zetty dan Beto atau nama sebenar, Ahmad Khairil Anuar, selamat diijabk4bulkan di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, pada jam 10.30 pagi.

Pasangan ini diniikahkan bapa Zetty, Muhamad Ghazali Mohd Sali. Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300, sebentuk cincin selain perhiasan serba berdiri.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran yang dipersetujui kedua-dua keluarga dirahsiakan.

Zetty berkata, dia dan Beto berkenalan melalui media sosial sejak akhir tahun lalu.

“Kami mula rapat tahun ini. Sebelum itu, kami kerap bertemu beberapa kali pada acara jenama sukan terkenal.

“Hubvngan bertambah seriius apabila Beto mengajak saya berkahwin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.

Zetty dan Beto berkenalan melalui media sosial sejak akhir tahun lalu. Foto IG Hot FM

“Akhirnya, kami bersetuju untuk bertunang, Ogos lalu,” katanya kepada BH Online.

Zetty memberitahu, mereka sepatutnya bernikah, esok.

“Kami tukar perancangan asal. Kami mempercepatkan acara perniikahan kerana situasi semasa,” katanya.

Zetty berkata, selepas berniikah, keluarga menganjurkan majlis keraian secara sederhana berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuat kuasakan.

“Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan tahun depan,” katanya.

Tambah Zetty, Beto akan berpindah ke Selangor selepas pertukarannya ke salah sebuah kelab bola sepak di Lembah Klang.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*