Neelofa tersasul panggil Pu Riz ‘sayang’ depan orang. Sekali ramai pula meluaat

Umum mengetahui tentang pertunangan pasangan bahagia ini. Seluruh peminat di segenap pelusuk tanah air mendoakan pasangan ini berbahagia hingga ke jinjang pelamin.

Mana tidaknya, pasangan Neelofa dan Riz ini nampaknya begitu serasi bergandingan dalam bisnes mahupun program-program keagaamaan yang mereka anjurkan bersama.

Tidak hanya bergandingan dalam channel telegram keagaamaan, mereka juga dikhabarkan muncul dengan platform bisnes yang terbaru yang bakal dikongsi dengan para peminatnya iaitu Markaz Tijari.

Baru-baru ini, Neelofa dikatakan tersasul memanggil Riz dengan panggilan “sayang” dalam sebuah program “live” yang sedang dianjurkan. Gara-gara tersasul ini, Neelofa kelihatan tersipu-sipu dan cepat-cepat pula menukar topik yang lain.

Dalam instagram yang dikongsikan, rata-rata peminat turut meraikan kebahagian yang dipamerkan Neelofa dan Riz, maklumlah, tak lama lagi mereka akan disatukan, mestilah hati masing-masing sedang berbunga-bunga dan tak sabar untuk melayari bantera rumah tangga.

Namun melihat komen- komen yang meyokong pasangan ini, kelihatan seperti netizen pula yang tak sabar-sabar ya?

Netizen mula luah rasa melu4t di alam maya

Sila tonton video dibawah

Cubaan BH Online mendapatkan kepastian Neelofa gagal apabila pengacara Next To Neelofa itu terus mengunci mulutnya. Mengikut sumber keluarga yang turut hadir pada majlis berkenaan, Neelofa dan Riz bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada Mac 2021.

Neelofa turut memuat naik gambar sekitar majlis berkenaan dalam laman sosial, tetapi tidak memberitahu secara jelas.

Terbaharu, Neelofa memuat naik foto bersama ibu serta doa Nabi Ibrahim untuk orang tuanya sebagai kapsyen.

“Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat),” tulisnya.

Ibu Neelofa, Noorkartini Noor Mohamed meluahkan kesyukuran anak kesayangannya bakal bertemu jodoh dengan lelaki beriman.

Menerusi entri dalam IG ibunya, Noorkartini Noor Mohamed seakan mengesahkan spekulasi anak perempuan kesayangannya sudah dipinang orang.

“Syukur padamu Ya Rabbi… Saat yang kutunggu sudah pun tiba. Kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.

“Saya yakin dengan ketentuanMu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya.

“Yang akan menyokong setiap apa saja urusannya. Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewaMu di syurga,” tulisnya dalam IG.

Tidak hanya itu, entri IG disusuli dengan luahan ibunya mengenai puteri kesayangannya itu.

“Wahai anakku, ketika aku mengandungkanmu, aku dapat rasakan yang sesuatu luar biasa, perjalanan sembilan bulan itu amat indah untukku, lahirmu membahagiakanku, memelukmu memberi kepuasan kepadaku, melihat keletahmu membuatku sentiasa rindu padamu.

“Wahai anakku, kau tetap anak kecil di mataku yang tak jemu aku membelau dan menciummu. Kaulah cinta hatiku,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi entri IG, Noor Nabila mendoakan yang terbaik untuk adiknya dalam menempuh fasa baharu dalam kehidupan.

“Semoga hanya yang terbaik sahaja untukmu adikku.” tulis Noor Nabila.

“Saya k0rbankan apa yang paling saya suka iaitu…” Neelofa

Tidak pernah terfikir untuk berniqab, itulah yang dikatakan oleh pengacara dan usahawan popular, Neelofa mengenai penampilan terbarunya.

Jelasnya, bukan mudah untuk dirinya membuat keputusan untuk berniqab, lebih-lebih fitrah seorang wanita adalah kecantikan menjadi pilihan utama.

Tak pernah terfikir pakai niqab

Namun bagi pengacara terkenal ini, demi untuk mendapatkan ganjaran pahala yang bakal diperoleh dia sanggup mengorbankan perkara paling disukai meskipun ia keputusan yang sukar.

“Saya sendiri masa nak tutup wajah dengan niqab pun bukan satu perkara yang mudah. Kali pertama terfikir nak pakai niqab saya sendiri tak pernah terbayang pun…”

“Tapi, selepas tahu ganjaran yang akan diperoleh, maka saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan di dunia ini…”

Wanita solehah lebih cantik dari bidadari syurga

Kenyataan itu dibuat Neelofa ketika sesi live di Instagram Kasih Neelofa sempena sambutan Maulidur Rasul, hari ini, membincangkan mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita.

“Dikatakan isteri solehah, wanita solehah, wanita syurga serta tak kira apa rupa wanita itu, jika dia menunaikan solat, puasa di bulan Ramadan, mentaati suami dan menjaga kehormatan diri, maka dia jauh lebih cantik daripada bidadari syurga…”

Semoga perubahan Neelofa ini berkekalan dan mampu menjadi inspirasi buat kita untuk sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.

 

Sumber : Trending Sangat

satkobaviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*