Pemuda Khusyuk Solat Dalam Tren, Gadis Harap Bertemu Bakal Suami Seperti Itu

 

Sudah menjadi lumrah bagi seseorang wanita Muslim menginginkan suami soleh yang menunaikan solat penuh waktu serta menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mukmin yang baik dengan sempurna.

Baru-baru ini, seorang gadis Indonesia berk0ngsi sebuah rakaman video di TikT0k yang memaparkan dia sedang berada dalam perjalanan ke sesebuah destinasi dengan menaiki tren.

Apa yang menarik dalam videonya adalah kelihatan seorang pemuda sedang menunaikan solat sambil duduk di koc tren berkenaan.

Walaupun tren sedang bergerak, pemuda tersebut khusyuk menunaikan solat tanpa melengahkan keadaan sekeliling.

Beruntung siapa yang memiliki dia

“Masha Allah mas semoga calon imamku seperti mu ya,” tulisnya di paparan video itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan gadis itu dan berharap mereka juga akan dijodohkan dengan pemuda seperti itu.

Kurniakan satu untuk hamba ya Allah

Mudah-mudahan akan hadir seseorang yang diharapkan

Malah, ada yang turut menasihati para gadis supaya memperbaiki diri menjadi seorang hamba yang baik dahulu sebelum mengimpikan jodoh yang baik.

“Wanita perbaikilah diri kalian sebelum kalian menginginkan lelaki soleh kerana lelaki soleh menginginkan wanita solehah,” kata individu tersebut.

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, tapi apa salahnya masing-masing saling melengkapi dan memperbaiki kekurangan yang ada, kan?

Sumber: TikTok @puspaa_20 via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*