Berita mengenai peniipuan alam siber boleh dikatakan setiap hari menghiasi dada akhbar.
Kadang-kadang sampai orang ramai pelik, macam mana dan kenapa masih ada orang boleh tertiipu meskipun setiap hari isu tersebut ditimbulkan dan ditularkan.
Adakah mereka berada di dalam gua? Langsung tidak mengikuti perkembangan isu semasa?
Tak mungkin, sebab nama pun peniipuan alam siber, sudah pasti mereka yang terlibat kena tiipu menerusi media sosial atau internet. Jadi di mana silapnya?
Terbaru, seorang suri rumah berusia 53 tahun di Butterworth di sini kerugian wang lebih RM21,000 selepas dipercayai terjerat dalam peniipuan cinta palsu di laman sosial Facebook semalam.
Mngsa yang merupakan warga Thailand itu dikatakan menyerahkan wang simpanan dan wang milik suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori selepas gelap mata apabila ditawarkan hadiah oleh ‘kekasih’ alam maya itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mngsa dipercayai terjerat dalam sindiket parcel scam selepas dia berhubung dengan ‘lelaki’ tersebut pada 12 Disember lalu melalui aplikasi Messenger.
” Wanita itu teruja apabila jejaka berkenaan menawarkannya hadiah berupa wang tunai matawang Amerika Syarikat,” katanya kepada pemberita hari ini.
Noorzainy menambah, mngsa kemudiannya menerima panggilan daripada individu yang mendakwa wakil syarikat kurier yang mahu menghantar bungkusan hadiah tersebut, namun mngsa dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu kononnya untuk pelepasan cukai.
” Dia yang teruja telah membuat tujuh transaksi memasukkan wang pada Sabtu dan Ahad lalu ke dalam satu akaun yang diberikan.
” Wanita itu bagaimanapun menyedari ditiipu selepas dia menyerahkan wang simpanan dan wang milik suaminya berjumlah RM21,630 apabila suspek berterusan meminta dia menyerahkan wang,” katanya lagi.
Noorzainy berkata, mngsa tampil membuat laporan polis semalam.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Sksyen 420 Knun Kesksaan.
Kisah peniipuan alam siber bukanlah isu baru
Untuk rekod, RM 3 juta adalah nilai kerugian tertinggi direkodkan di negara ini apabila seorang wanita di Kepala Batas, Pulau Pinang selepas diperdayakan kekasih sibernya.
Malah, kisah itu yang dilaporkan pada hari keempat Syawal tahun 2019, turut menjadi perbualan hangat ketika situ.
Ada yang mempertikaikan bagaimana begitu mudah mngsa mempercayai ‘kekasih’ yang dikenalinya hanya di alam siber hingga mengalami kerugian besar, selepas terpedaya dengan janji manis lelaki berkenaan untuk mengahwininya.
Selepas Macau Scam, kini muncul pula sindiket penipuan Love Scam yang semakin berleluasa di negara ini, khususnya menyasarkan wanita seperti dialami mngsa berusia 51 tahun di Pulau Pinang itu.
Malah, pelbagai modus operandi digunakan anggota sindiket untuk mendekati mngsa dengan ‘memanfaatkan’ kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini.
Dalam kebanyakan kes dilaporkan sebelum ini, kebanyakan mngsa didapati mengalami sindrom kesunyian, seterusnya mencuba nasib ‘mencari cinta’ di alam maya.
Tidak cukup dengan itu, wanita juga sememangnya mempunyai sifat keibuan dan ia dimanipulasikan pemngsa dengan menghidangkan kisah meruntun dan menyentuh hati sehingga menyebabkan mngsa mudah bersimpati dengan ‘nasib malang’ yang menimpa kekasih hati.
Lebih membimbangkan apabila kebanyakan mngsa adalah dalam kalangan wanita berkerjaya berusia antara 46 hingga 55 tahun dan ada pula yang kehabisan dana pencen hanya semata-mata mahu mencari ‘cinta sejati’ pada penghujung usia.
Sumber:kosmo
Leave a Reply