Foto Awal Ashaari & Keluarga Penuhi Undangan Krismas Jadi Perdebatan Netizen, Ini Penjelasan JAKIM

Gara-gara memuat naik foto memenuhi undangan sambutan Hari Krismas seorang teman, ruangan komen Instagram Awal Ashaari menjadi tempat perdebatan netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Perbezaan pendapat di kalangan pengikut tercetus apabila ada yang menganggap tindakan Awal meraikan perayaan disambut oleh penga.nut aga.ma lain sebagai tidak patut.

Kumpulan tersebut mempersoalkan keperluan Awal menyambut Krismas dan berpendapat ia berten.tangan dengan akidah.

Namun ada juga mempertahankan Awal sebagai menghormati undangan teman demi menjaga silaturahim sesama insan.

Foto tersebut mendapat hampir 72 ribu tanda suka dengan 1,652 komen pengikut (ketika artikel ini ditulis).

Selain bergambar di hadapan pokok krismas bersama isteri Scha Alyahya dan anak, Lara Alana, Awal turut berkongsi foto kenang-kenangan bersama teman-temannya di ruangan Insta Story.

Dalam pada itu, Gempak sempat meninjau laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai isv yang menjadi perdebatan di laman sosial pelakon dan pengacara popular tersebut.

Menerusi artikel dimuat naik JAKIM pada 3 September 2010, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam.

Muzakarah telah memutuskan bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak berten.tangan dengan ajaran Islam.

 

Sumber: Gempak, Ig @@awalashaari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*