[VlDEO] Gelagat Kanak2 lni Tdak Mahu Terima Hadiah Beg Fr0zen Buat Ramai Ktawa

 

Ketika zaman sekolah, pelbagai anugerah dan pertandingan yang diadakan untuk mencungkil bakat dan kreativiti pelajar. Aktiviti-aktiviti ini juga menggalakkan persaingan sihat di kalangan pelajar untuk masing-masing cuba memenangi pertandingan-pertandingan yang diadakan.

Bagi pelajar yang berjaya menjadi pemenang untuk aktiviti yang disertai, pasti teruja dan bangga mendengar nama mereka dipanggil dan menerima hadiah di atas pentas sambil disaksikan seluruh warga sekolah.

Namun lain pula situasi yang berlaku apabila seorang kanak-kanak ini ‘rject’ hadiah yang diberikan kepadanya.

Dalam video yang dikongsikan oleh Sinar di lnstagram, dapat dilihat guru sedang memberikan hadiah berupa beg sekolah kepada murid-murid di atas pentas dalam sebuah majlis anugerah kecemerlangan.

Apabila tiba giliran seorang budak lelaki ini, dia bersalaman dengan guru sebelum guru tersebut menghulurkan hadiah beg sekolah berkenaan kepadanya dan memandang ke arah kamera.

Apa yang mencvri perhatian adalah gelagat kanak-kanak itu yang enggan memegang beg dengan cetakan kartun Fr0zen itu.

Gurunya dilihat cuba memberikan beg itu kepada kanak-kanak tersebut namun ditolaknya, dan apabila dipakaikan di belakangnya, kanak-kanak berkenaan membuka semula beg Fr0zen tersebut.

Aksi jujurnya itu membuat guru-guru geli hati malah net1zen turut faham dengan perasaan pelajar tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)


Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*