[FOTO] Linda Nanuwil Artis Tercantik 2020! Kal4hkan Nama-Nama Besar Termasuklah…

 

Undian yang dibuka sejak 18 Disember lalu itu sepakat memilih penyanyi kelahiran Sabah ini sebagai artis paling cantik tahun ini.

 

Menerima undian sebanyak 38.97 peratus, kemenangan Linda sekali gus mengenepikan pesaing terdekatnya Siti Saleha dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Nanuwil (@linda.nanuwil)

 

Siti Saleha dan Siti Nurhaliza masing-masing menerima undian sebanyak 17 dan 10.7 peratus.

Aktres Fazura pula berada di kedudukan ke empat dengan 9.9 peratus.

Pengacara dan usahawan, Neelofa hanya selesa berada di kedudukan keelima dengan 6.7 peratus.

 

Untuk melihat keputusan penuh, anda boleh baca senarai pemenang di bawah :

 

Menerusi undian yang dibuka kepada pembaca Gempak sejak 18 Disember lalu, ini senarai nama pemenang TerGempak 2020 mengikut undian ramai.

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuktikan dia masih menjadi kesayangan ramai apabila memenangi kategori utama Individu TerGempak 2020.

Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti menerima undian sebanyak 36 peratus, manakala Ustaz Ebit Lew dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah masing-masing 23 peratus dan 18 peratus.

Untuk kategori Influencer TerGempak 2020 pula, Azfarheri mennggalkan influencer lain dengan undian sebanyak 37.9 peratus.

Cupcake Aisyah, Kasih Leona yang berada di kedudukan kedua dan ketiga masing-masing hanya selesa dengan undian sebanyak 13.6 dan 11.2 peratus.

Influencer yang kontr0versi baru-baru ini, Hafiz Mahamad hanya selesa dengan undian sebanyak 9.3 peratus saja.

Untuk kategori Budak Baru Nak Up (BBNU) TerGempak pula dimenangi oleh Iman Troye dengan undian sebanyak 27.9 peratus mengal4hkan Aina Abdul, Andi Bernadee dan Syahmi Sazli.

Anda boleh lihat senarai penuh di bawah:

1.Artis Kacak TerGempak 2020 – Meerqeen (42%)

2.Artis Cantik TerGempak 2020 – Linda Nanuwil (38.9%)

3.Artis Bujang TerGempak 2020 – Ben Amir (45%)

4.Anak Selebriti Adorable TerGempak 2020 – Siti Aafiyah (43%)

5.Couple Romantik TerGempak 2020 – Hanis Zalikha & Hairul Azreen (28%)

6.Ajushi Elok TerGempak 2020 – Lee Dong Wook (29.5%)

7.BBNU TerGempak 2020 – Iman Troye (27.9%)

8.Couple Selebriti Stylo TerGempak 2020 – Fattah Amin & Fazura (55%)

9.Influencer TerGempak 2020 – Azfarheri (37.9%)

10.Individu TerGempak – Datuk Seri Siti Nurhaliza (36%)

Menerusi laman Instagram, Linda meluahkan rasa syukur dengan anugerah ini.

“Linda sangattt terharu dan berterima kasih atas undian dan sokongan you all.  Walaupun anda semua busy dengan kerja dan life masing2 tapi masih ada masa untuk mengundi.. Terima kasih juga kepada @astrogempak. Tahniah kepada semua peminat2 di luar sana dan juga @lindananuwil.fc .. Ini kejayaan kita bersama.

“Walaupun bagi Linda kecantikan seseorang bukan hanya pada rupa paras.. tapi juga lahir dari dalam diri kita iaitu ketulusan.. kebaikan.. adab dan juga keikhlasan .. dalamannya cantik, maka terpancarlah ‘nur’ pada wajahnya.

“Linda anggap ini hadiah dari anda semua sebagai penutup tirai tahun 2020.. Maafkan andai kata Linda ada terk4sar bahasa atau secara tidak sengaja mengurls hati kalian.

“Jangan lupa saksikan nanti #telemovie yang bertajuk #mlsterijamvintage di #astrocitra Januari 2021 dari #suarchannel production.. See you my kesayangan. “

Sumber:mediakl

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*