JKR Boleh Disaman Jika Anda KmIangan TerInggar Jalan Berlubang. Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

 

” Mngsa yang terlibat kmIangan boleh membuat tuntutan ganti rugi jika jalan raya itu di bawah pentadbiran JKR”

Itu penjelasan Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Marthada yang berkata, tuntutan boleh dibuat kepada pihak terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) ekoran kecuaian tersebut sehingga mendatangkan keced3raan kepada pengguna.

Dr. Ahmad berkata, mana-mana individu yang terlibat kmIangan berikutan kecuaian pihak tertentu dalam menyelenggara dan membaiki kerosakan jalan raya boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi serta memfailkan saman di mhkamah.

Menurutnya, pengguna jalan raya yang terlibat dalam kmIangan akibat jalan rosak atau berlubang mempunyai asas kukuh untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pihak yang menyelenggara laluan ber­kenaan.

” Jika jalan raya yang tidak di­selenggara dengan baik itu di bawah pentadbiran JKR, mngsa yang terlibat kmIangan boleh membuat tuntutan ganti rugi dan keputusan sama ada perlu membayar ganti rugi akan ditentukan oleh jabatan tersebut.

” Tuntutan ganti rugi itu meliputi pelbagai kos seperti perubatan, pembayaran wad dan pembaikan kenderaan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan JKR Kuala Langat meminta maaf kepada Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang ced3ra pada kening dan hidung akibat terjatuh basikal selepas terlanggar lubang.

Kejadian berlaku Ahad lalu ketika Khairy Jamaluddin sedang berbasikal berhampiran Kampung Sri Cheeding, Banting, Se­langor.

Mengulas lanjut, Ahmad mem­beritahu, sekiranya JKR ti­dak mahu melayan tuntutan ganti rugi tersebut, mereka boleh membawa kes itu ke mhkamah sivil dengan memfailkan tuntutan saman.

” Pada peringkat ini, ia akan melibatkan perbicaraan antara kedua-dua pihak dan sebarang keputusan akan ditentukan oleh pihak mhkamah,” jelasnya.

Mengulas mengenai saman terhadap JKR, Ahmad berkata, difahamkan setakat ini ada tuntutan yang difailkan orang awam terhadap agensi itu di mhkamah berkaitan kmIangan di jalan Persekutuan dan negeri.

” Dalam kes berkaitan, bagi pengendali lebuh raya, ada kes tuntutan saman dikenakan terha­dap mereka akibat kmIangan.

” Saman itu memandangkan ada perjanjian yang memerlukan mereka bertanggungjawab atas apa jua yang terjadi berikutan pengguna membayar tol,” kata­nya.

Sementara itu, peguam bela dan peguam cara, Muhammad Amin Abdullah berkata, tuntutan saman ganti rugi difailkan seseorang individu di mhkamah mempunyai keberangkalian untuk menang.

” Pun begitu, ia perlu mempunyai fakta kes yang kukuh se­perti bukti keced3raan serius atau melibatkan kem4tian yang didakwa berpunca daripada ke­cuaian pihak terlibat termasuk­lah JKR atau syarikat konsesi le­buh raya.

” Jadi, saya nasihatkan indivi­du yang mahu membuat tuntutan atau failkan saman agar merujuk dengan pihak peguam terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Sumber:k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*