PU Azman Tamatkan Zaman Bujang 2020, Netizen D0akan Yang Terbaik

Tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa hari sahaja lagi. Walaupun disambut dalam persekitaran norma baharu, ramai juga pasangan mempelai yang telah berjaya menamatkan zaman bujang.

Dalam pada itu, Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias juga tidak mahu ketinggalan untuk menamatkan zaman ‘bujangnya’ pada tahun ini.

Namun begitu, gelaran ‘bujang’ itu akan dibawa oleh PU Azman atau lebih mesra disapa dengan panggilan Cik Man ini ke tahun 2021.

Dia yang turut mendapat jolokan sebagai ‘Lee Dong Wook Malaysia’ itu berkongsi satu posting sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakannya serta kapsyen pada gambar berkenaan telah membuatkan ramai terhibur.

Aku hanya memegang bunga


Hmm.. Tahun 2020 dah nak berakhir, misi PU Azman untuk menamatkan zaman bujangnya terpaksalah disambung ke tahun hadapan nampaknya.

“My best friend. Kawin member satu batch.Tahniah Apis dan Atiqah

Aku hanya memegang bunga.

Untuk cik man pulak, next week cik man akan akhiri zaman single sesi 2020.

Dan akan bersambung ke 2021.”

Warganet yang ‘tertipu’ dengan kenyataan PU Azman membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan titipan doa agar pendakwah bebas berusia 39 tahun itu cepat-cepat bertemu jodoh.

Ingatkan betul nak kahwin

Pilihan di tangan Cik Man!

PU Azman ialah seorang penceramah bebas, pengacara dan pelakon Malaysia. Bakatnya dicungkil menerusi rancangan TV realiti terbitan ASTRO, PU musim kedua.

Nama PU Azman cukup dikenali ramai yang gemar berjenaka sewaktu menyampaikan dakwahnya terutama kepada golongan muda.

Biodata

1. Pemilik nama sebenar Azman Syah bin Alias. Dikenali sebagai PU Azman.

2. Berusia 38 tahun.

3. Kelahiran Kuala Lumpur.

4. Kampung halamannya terletak di Rantau, Negeri Sembilan.

5. Berstatus duda, namun tidak mempunyai anak.

6. Ibunya, Fatimah Taat telahpun meninggal dunia pada tahun 2017.

7. Merupakan bekas pelajar Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan.

8. Pernah menuntut di Mesir selama 11 tahun dalam bidang Kuliyah Syariah Islamiah.

9. Bakatnya dicungkil daripada rancangan Pencetus Ummah musim kedua pada Disember 2014. Diangkat sebagai juara program realiti Islamik itu sekaligus menewaskan PU Mohd Lokman Ahmad (PU Lokman), PU Mohd Yusof Arbain (PU Yusof) dan Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli (PU Hafiz) di peringkat akhir.

10. Kini bergelar penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan pelakon.

11. Antara drama dibintanginya seperti Bila Hati Telah Hitam, Geng Tadarus, Lelaki Kiriman Tuhan dan Ustaz Baru Nak Start.

12. Angka pengikut Instagram beliau yang menggunakan nama ‘@pu_azman’ itu kini mencecah 1.2 juta.

Fakta Menarik

Seorang yang suka berjenaka.

Aktif sebagai pemidato sejak zaman persekolahan.

Pernah menanam impian untuk menjadi pembaca berita, hos televisyen dan aktor.

Suka menonton rancangan American Got Talent.

Peminat filem seram.

Hobinya suka ‘melepak’ dengan pelajar bermasalah, membaca buku dan menonton televisyen.

Berkawan rapat dengan pelawak Johan Raja Lawak.

Bakal terbit dengan jenama pakaian sendiri yang menggunakan label ‘PUman’.

Juga akan mengeluarkan buku tidak lama lagi.

Sangat meminati bidang lakonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Instagram PU Azman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*