Sejak dua hari lalu tular dalam laman sosial hari ini tentang kajian dan pemerhatian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Putera Nur Muhammad Raihan mengenai selebriti, NeeIofa.
Lelaki terbabit mendakwa NeeIofa sebenarnya mempunyai gejala ment4l yang dipanggil narsistik atau Narcissistic Personality Disorder (NPD).
Menerusi penulisan yang dimuat naik dalam Facebook miliknya, lelaki tersebut memberitahu bahawa dia gemar membuat kajian tentang sifat psikoI0gi seseorang dan mengaku telah menjalankan berpuluh-puluh kajian tentang NeeIofa.
” Aku dah sampai pada titik pencarian kajian tentang psikoI0gi seseorang yang aku minat iaitu NeeIofa.
” Aku suka karakter NeeIofa dan siapa kenal aku, aku suka menulis tentang psikoI0gi manusia,” katanya.
Dalam kajian tersebut, lelaki terbabit memberitahu tahap NPD selebriti tersebut berada pada ‘aras tinggi’ berdasarkan beberapa kenyataan yang pernah NeeIofa berikan terhadap media.
Dalam penjelasan kajian yang dimuat naik tersebut, lelaki itu telah menggunakan beberapa contoh kontroversi yang terjadi terhadap NeeIofa sebelum ini sehinggalah kepada perkembangan terbaharu membabitkan dirinya dengan pendakwah bebas yang juga bakal suaminya, PU Riz.
” Aku tolak sekeras-kerasnya khabar angin yang bersandar daripada cakap-cakap orang walaupun nampak berasas,” jelasnya mengenai pembentangan teori berkenaan.
Walaupun hantaran yang dibuat oleh lelaki terbabit sangat panjang dan kelihatan meyakinkan, namun apa sahaja yang dijelaskan oleh lelaki tersebut hanyalah teori sahaja dan sukar untuk mengesahkannya.
Warganet kata ia f1tnah semata-mata
Malah ramai menyifatkan tulisan dengan lebih 4666 patah perkataan lelaki terbabit bukan sahaja penuh ayat mencarvt tetapi bersifat f1tnah semata-mata.
” Judge orang berlebihan siap selak semua cerita menggambarkan ia macam kisah yang real giler dan macam tinggal sebumbung dengan NeeIofa,” tulis seorang warganet.
NPD ialah keadaan seseorang yang menganggap dirinya jauh lebih penting daripada orang lain, memiliki keinginan yang tinggi untuk dipuji atau dibanggakan dan memiliki sifat empati yang rendah terhadap orang lain.
Sementara itu, pengurus NeeIofa, Shawn Amer ketika dihubungi Kosmo! untuk mendapatkan kenyataan berhubung perkara tersebut memaklumkan bahawa selebriti itu sama sekali enggan melayan isu remeh berkenaan.
Respon padu dan bersahaja dari NeeIofa
Sementara itu, menerusi semakan di Twitter milik NeeIofa, selebriti berasal dari Pasir Mas Kelantan itu dilihat memuatnaik satu ‘Twit’ dipercayai merujuk kepada penulis lelaki terbabit.
” Banyak masa terluang eh,” tulis NeeIofa disusuli emoji ketawa dan emoji hairan.
Twit NeeIofa itu mendapat lebih 13.9k tanda suka dan 1.8k ‘retweets’.
Segelintir warganet turut percaya ‘Twit’ NeeIofa itu adalah sebagai reaksi kepada penulisan lelaki tersebut yang mereka sifatkan sebagai f1tnah semata-mata.
Selain itu terdapat beberapa warganet berkongsi tangkap layar dan menasihati NeeIofa agar mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki terbabit.
” Lofa please ambil tindakan undang-undang. This is too much (ini dah melampau sangat). Menf1tnah dan menghasut.” tulis Aidil
” Kalau penulisan ni akan membuatkan dia kena s4man dengan pihak NeeIofa, sediakan jelah wang 1 juta atau lebih atau diisytihar bankrup…” tulis Nurwati
Sumber:k0smo dan Twitter NeeIofa
Leave a Reply