“Umur Sekarang Kalau Tak Sedia Kahwin Lagi Tak Tahulah,” – Intan Ladyana Dedah Tarikh Nikah?

 

Pelakon Intan Ladyana, 38, tidak mengiya atau manafikan pengkhabaran mengenai dia dan kekasihnya, pengacara Harris Alif, 21, kini dalam perancangan untuk berkahwin.

Pasangan yang berbeza usia 17 tahun ini dikata merancang berkahwin pada Mac depan dan kini masih dalam proses mencari lokasi sesuai untuk majlis hari bahagia itu.

Intan ditemui berkata dia akan berkongsi mengenai perkara berkenaan (perkahwinan) apabila tiba masanya. Ujar pelakon filem Jangan Pandang Belakang ini, dia takkan merahsiakannya.

Foto: IG

“Insya-Allah, bila tiba masanya akan diberitahu juga nanti, tunggulah. Bukan saya taknak mengaku (rancang kahwin), tapi biarlah sampai masanya dahulu.

Saya ini jenis orang yang tidak suka bercerita, kalau tak ada apa-apa lagi. Cuma, yang boleh saya cakap sekarang, Insya Allah akan diberitahu nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga mengenai kesediaannya untuk melangkah ke fasa berumah tangga, Intan berkata pada usianya sekarang tidak mungkinlah, dia masih tidak bersedia lagi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎬 (@intanladyana)

“Insya- Allah, saya dah sedia. Pada umur saya kini, kalau masih tak sedia, tak tahu lah. Apapun doakan sahaja.

“Dalam soal peribadi ini, saya memang tak gemar bercerita sangat. Sejak dari dahulu, saya memang memilih untuk lebih berkongsi cerita mengenai kerjaya berbanding peribadi,” katanya.

Terdahulu, Intan hadir pada majlis pelancaran filem pertama terbitan syarikatnya, Prisma Pictures Sdn Bhd berjudul Banglo Seksyen 12 yang diinspirasi daripada novel nukilan Hasrudi Jawawi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎬 (@intanladyana)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎬 (@intanladyana)


Bagi merealisasikan filem itu, Intan turut bertindak sebagai pelakon serta pengarah bersama dengan rakannya, Dharma Nasution yang sudah memulakan penggambaran sejak 2 Januari lalu.

Filem Banglo Seksyen 12 dapat diterbitkan Intan selepas syarikatnya memperoleh Dana Inkubator daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebanyak RM500,000.

Barisan pelakon lain filem ini antaranya Mustaqim Bahadon, Faez Malek, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Hariz Hamdan, Farah Shah dan Windz Neom. -CARI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber: cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*