Tayar Koy4k Masa Hujan Di Lebuhraya, Marsha Milan Lalui Det1k Cem4s

 

Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan melalui det1k cem4s dan pan1k apabila kenderaan yang dipandunya mengalami masalah di bahagian tayar.

Maklum Marsha, kejadian berlaku ketika dia memandu dalam keadaan hujan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), semalam.

Rakaman video yang dimuat naik oleh Marsha di platform akaun Instagram, kelihatan penyanyi berusia 35 tahun ini telah menerima bantuan daripada mekanik untuk membaiki tayar tersebut.

“Macam2 la jadi semalam.. antaranya ialah tayar koyak time hujan kat plus highway… slalunya kat rumah angkat periuk ka, sofa ka, meja makan ka..almari pun i angkat dan pasang i okayyy jaaa..

“tp tukar tayar sy surrender time2 mcm ni suami pula xde…but thank u abang mechanic.. tetiba ja dia ada tepi highway smlm.. penyelamat!

“Thank u mamufik uncle aris n fido mai tolong deal harga tayar skali.. baru arini tau tayar kami size 20 waduhhh Thank you @habrahaute baju ni mmg lasak,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat meluahkan rasa syukur kerana tiada perkara bvruk berlaku kepada bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga itu.

Sekadar informasi, penyanyi ini memeluk agama Islam beberapa minggu sebelum diijabkabul dengan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.

Foto: Instagram Marsha Milan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  satkobaviral.com

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*