TIDAK seperti kebanyakan individu lain yang mempunyai masa untuk dihabiskan secara bersendirian (me time), pelakon Rita Rudaini, 45, mengakui dia langsung tidak pernah mempunyai tempoh untuk memanjakan dirinya sendiri.
Menurut Rita, dia melihat ‘me time‘ bukanlah satu keperluan untuk dirinya yang bergelar ibu tunggal kepada dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sejak lapan tahun lalu.
Pelakon kelahiran Kangar, Perlis itu juga berkata, dia lebih senang menggunakan waktu terluang untuk dihabiskan bersama anak-anaknya yang kini semakin membesar.
“Me time? Memang tak pernah ada dan tak kisah pun. Bagi saya, me time adalah waktu dengan anak-anak.
Rita Rudaini selesa menjalani kehidupan sederhana.
“Hidup saya, kerja, rumah, kerja, rumah. Itu sahaja dah buat saya gembira dan bersyukur,” katanya.
Menerusi entri di laman Instagramnya itu juga, Rita berkata dia tidak pernah mendambakan kehidupan mewah sebaliknya mengimpikan untuk hidup bahagia di samping anak-anak soleh dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Me time? Memang tak pernah ada dan tak kisah pun. Bagi saya, me time adalah waktu dengan anak-anak.
RITA RUDAINI
PELAKON
“Saya tak minta (hidup) mewah… tak sesuai dengan hidup saya.
“Saya cuma minta sihat tubuh badan dan bahagia di samping anak-anak yang soleh,” ujarnya.
Rita dedikasikan kehidupannya untuk membesarkan dua anak.
Rita berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki berusia 12 dan 10 tahun yang kini berada di bawah jagaan penuh aktres tersebut.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : mStar
Leave a Reply