Marsha Milan Londoh disangka mengandung gara-gara memakai baju yang menggelembung di bahagian perVt.
Kata penyanyi ini dia hanya kekenyangan selepas menikmati nasi dua pinggan.
Tak mahu peminat terus keliru, Marsha memuat naik dua gambar, satu kelihatan macam ada ‘baby bump’, satu lagi menunjukkan pervtnya yang kempis.
Foto: IG
“Alhamdulillah, kenyang dua pinggan nasi tapau. Da… da tidak payah ditanya mengandung ke tak, jawapannya tidak. Swipe right untuk bukti…” tulisnya di Instagram.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Bagaimanapun di ruangan komen, peminat sentiasa mendoakan Marsha akan dikurniakan zur1at suatu hari nanti.
Pengurus Marsha, Azlan Zanuddin berkata, “Marsha belum mengandung. Lagipun, Marsha sibuk dengan dengan penggambaran dan komitmen kerja. Bagaimanapun, doakan semoga Marsha dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.”
Marsha dan suaminya Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail dah berkahwin sejak tahun 2015.
“Pada awal perkahwinan, saya agak tertekan apabila sering kali diajukan soalan yang sama. Saya berasakan seolah-olah ada yang sengaja mahu meny1ndir. Bagaimanapun, kini, saya semakin lali dan hanya berfikiran positif.” -CARI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: cari
Leave a Reply