Selepas umum darurat, PM sempat beri amaran tegas kepada pihak ini

 

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau bukanlah tidak berniat untuk tidak membuat pilihanraya umum (PRU) pada ketika ini.

Namun katanya, disebabkan penularan wabak Covid-19, maka dalam prinsip Islam, menjaga nyawa adalah satu kewajipan.

Katanya lagi, PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa C0vid-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan PRU selamat diadakan.

Amaran keras PM – tindakan t3gas pada pihak ganggu usaha kerajaan

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi amaran keras kepada pihak yang cuba menganggu-gugat usaha kerajaan dalam membendung penularan Covid-19.

“Saya memberikan am4ran k3ras”

“Sesiapa yang cuba menganggu-gugat usaha kerajaan untuk menguruskan C0vid-19 dan ekonomi negara akan diambil tindakan tegas demi keselamatan rakyat dan negara,” katanya dalam pengumuman khas pengisytiharan darurat hari ini.

Selepas dibidas kerana cadang PRU, Ahmad Maslan tampil mempertahankan pendiriannya

Selepas dibidas kerana mencadangkan pilihan raya umum (PRU) diadakan ketika wabak Covid-19 masih melanda negara, Ahmad Maslan tampil mempertahankan pendiriannya.

Menurut Setiausaha Agung Umno itu, apa yang dicadangkan ialah PRU diadakan selepas banjir reda dan vaksinasi Covid-19 telah dimulakan ke atas penduduk di negara ini.

“Saya sebut PRU jika banjir selesai, vaksin dah dimulakan.

“Kempen (PRU) guna media sosial,” katanya menerusi laman sosial Twitter hari ini.

Ahmad berkata dia juga meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa PRU boleh diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Saya sebut SPR nyatakan dalam (Akhbar) #Sinar dan #Star, OK PRU dengan SOP yang ketat.

“Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari kenapa tak boleh cuma satu hari beratur mengundi dengan SOP ketat,” katanya.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Khairy Jamaluddin baru-baru ini berkata Malaysia akan melakukan vaksinasi dalam tempoh kurang 18 bulan bermula Februari ini setelah ketibaan bekalan pertama vaksin Covid-19.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan bahawa negara ini dijangka merekodkan peningkatan jumlah kes Covid-19 sehingga 8,000 kes sehari pada akhir Mei, jika kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) berterusan pada 1.1.

Minggu lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk yang mengakibatkan banjir, khususnya di Pahang dan Johor akan berakhir dalam tempoh terdekat, sama ada pertengahan atau minggu ketiga Januari.

Secara keseluruhan, MetMalaysia menjangkakan Monsun Timur Laut akan berakhir pada pertengahan atau minggu ketiga Mac.

Kelmarin, dalam satu program bersama Umno Perak, Ahmad berkata dia ditunjukkan temu bual media dengan seorang pemarut kelapa yang tidak bersetuju PRU diadakan ketika wabak Covid-19 masih melanda.

Jawab Ahmad, banyak negara sudah melakukan pilihan raya, antaranya Amerika Syarikat dan Singapura, malah pilihan raya kecil (PRK) di Chini, Slim dan pilihan raya negeri (PRN) Sabah juga diadakan ketika wabak melanda negara ini.

“Rasanya yang parut kelapa tadi itu dia tidak perasan, yang ditemu bual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah hanya lepasan sekolah tinggi kot.

“Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD, saya rasa dia boleh ulas dengan lebih tepat,” kata Ahmad.

Tindakan pemimpin Umno itu membuat perbandingan di antara tukang parut kelapa dengan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) diselar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kata Lim, kenyataan Ahmad itu adalah suatu kesombongan dan menghina pekerja biasa yang menolak idea agar PRU diadakan semasa C0vid-19 masih meng4ncam rakyat negara ini.

Bukan R4mpasan Kuasa Tentera

Pengisytiharan darurat yang diperkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah ini bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan seperti yang dibimbangi rakyat.

Bukan Rampasan Kuasa Tentera, Perintah Berkurung Tidak Akan Dilaksanakan – PM

“Sebaliknya sepanjang tempoh darurat ini, kerajaan awam akan terus berfungsi. Biar saya tunjukkan kerajaan pembangkang juga akan berfungsi.

“Daripada segi pentadbiran kerajaan, jemaah menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri akan terus berfungsi menurut Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan oleh YDPA dari semasa ke semasa.

“Saya memberi jaminan bahawa jentera pentadbiran dan perkhidmatan awam kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan darurat ini,” katanya dalam Pengumuman Khas Darurat hari ini.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*