SEMASA[VIDEO] Jadi Isteri Ke-5 Paling Muda, Gadis Bahagia Bersuamikan Lelaki 49 Tahun

 

Walaupun dibenarkan dalam agama, tidak semua wanita sudi untuk dimadukan atau menjadi madu dalam sesebuah perkahwinan. Namun jika sudah menjadi takdir untuk hidup berkongsi suami, siapalah manusia untuk menolak jodoh. Walaupun jarak umur masing-masing sangatlah jauh, ia bukan menjadi penghalang untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki. Baru berusia 25 tahun, seorang gadis ini nampaknya gembira berkongsikan tentang kisah rumah tangganya secara terbuka.

Jadi isteri kelima…Isteri pertama dah ‘pergi’ buat selamanya, isteri keempat dah terpisah

Menerusi TikTok saudari Karina, dia mendedahkan telah menjadi ‘orang rumah’ kelima iaitu yang paling muda di antara madu-madu lain. Isteri pertama telah pergi buat selamanya menghadap Ilahi, yang keempat pula sudah melalui episod perpisahan manakala 3 orang daripadanya masih mempunyai ikatan sah. Meskipun dengan jarak umur 24 tahun, mereka tidak langsung kekok malah bahagia dalam membina rumah tang

Jadi isteri ketiga pun takpelah yang penting adil, jujur dan tegas

Pastinya menjadi isteri yang kelima bukanlah satu hal mudah. Akan tetapi, Karina tidak mengganggapnya sebagai suatu masalah besar asalkan suami yang berusia 49 tahun itu berlaku adil dalam membahagikan masa sesama mereka. Malah dia begitu gembira kerana tidak disisihkan sebaliknya sering diajak keluar bersama selain diberikan perhatian yang sama banyak.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*