Teka-teki mengenai hubungan Intan Ladyana dengan pelakon muda Harris Alif akhirnya terjawab apabila
pasangan selebriti itu mengumumkan bakal melangsungkan perkahiwnan pada 6 Februari depan.
Menerusi program MeleTOP semalam, Harris dan Intan berkongsikan lebih lanjut mengenai persiapan perkahwinan
mereka hanya tinggal sebulan sahaja lagi.
Dalam pada itu, Harris memaklumkan majlis perkahwinan mereka akan berlangsung secara sederhana berikutan
pandemik COVID-19 dan akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Meskipun berbeza usia 17 tahun, namun rata-rata netizen memuji sikap matang Harris yang terus melamar Intan
selepas beberapa bulan berkenalan.
Malah, ada yang mengatakan walaupun berbeza usia namun inilah yang dinamakan jodoh. Kata netizen lagi, sudah tertulis jodoh Intan dengan lelaki muda, asalkan tidak mengambil suami orang.
Semalam, menerusi satu sidang media, Harris dan Intan turut memaklumkan perkahwinan mereka bakal ditaja oleh Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta iaitu berupa barangan kemas, majlis pernikahan dan resepsi.
Ujar mereka lagi, persiapan perkahwinan mereka sudah pun siap hampir 90 peratus memandangkan sudah membuat persiapan awal.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .
Sumber: sumber
Leave a Reply