Emma Maembong dan suami positif covid19

 

Pelakon popular, Emma Maembong mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas membuat sendiri ujian calitan di kediamannya.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri menerusi pos terbarunya di Instagram.

Menerusi sebuah video berdurasi 41 saat yang dimuat naiknya, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 29, membuat ujian tersebut di bawah seliaan Kumpulan Megaklinik Zahran.

“Buat ujian calitan di rumah sendiri bersama @kumpulan_megaklinik_zahran.

Sangat bagus dan profesional. Mereka boleh datang ke rumah dan lakukan. Saya tiada apa-apa simptom tapi keputusan ujian calitan positif.

“Jadi, walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tidak tahu ada atau tidak virus tersebut dalam diri kita,” tulis Ema pada ruangan kapsyen.

Tambah Emma yang popular menerusi drama Cembvru Seorang Perempuan, dia akan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari bermula hari ini.

Beberapa jam sebelumnya, suaminya, Shazli Azhar, turut disahkan positif virvs itu dan berkongsi tentang perkembangan dirinya menerusi Instagram.

Bagaimanapun bayi mereka, Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan negatif virvs tersebut selepas menjalani ujian calitan.

Menerusi beberapa perkongsian status sebelum ini juga, difahamkan aktres itu sedang menjalani penggambaran drama bertajuk Aku Pilih Bahagia bersama Datuk Fizz Fairuz dan Alvin Chong.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*