11 Bilik Tidur, Surau, Bilik Karaoke & Lif – Cik B Buat House Tour, Besarnya Rumah DSV!

ngikutnya untuk melakukan jelajah rumah atau house tour yang didiami bersama keluarga.

Menerusi laman sosial Instagram, Cik B berkongsi ruangan-ruangan perib4di dan kawasan sekitar rumah yang dimiliki oleh ibunya, Datuk Seri Vida (DSV) untuk tatapan umum.

Sorry guys Cik B banyak mer3pek, kalau korang nak lagi house tour, nanti la Cik B buat video dan letak di YouTube. Sebab Cik B tak reti la buat house tour,” ujarnya menerusi IG story.

Banglo mew4h yang teletak di Ipoh, Perak ini menempatkan hampir 10 ruang tamu, 11 bilik tidur termasuk bilik tetamu, surau yang cukup luas dan mewah, lif, kedai kopi, kolam renang, kolam ikan, bilik karaoke dan kawasan luar rumah untuk bermain basikal.

Malah, Cik B sempat membawa pengikutnya masuk ke dalam ibunya, bilik adiknya, Kacak serta naik ke tingkat paling atas di mana ia menempatkan balkoni yang mengadap pemandangan indah kawasan pergunungan di Ipoh.

Rumah yang bernilai RM20 juta itu turut menempatkan bilik-bilik untuk para kakitangan seperti pembantu rumah dan pemandu peribadi.

Cik B yang mempunyai hampir 800,000 pengikut di Instagram juga berjanji akan melakukan sebuah viideo jelajah rumah yang betul untuk tontonan umum kel4k.

 

SUMBER: GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*