“Isteri aku gemok, pakai kereta besar mcm badan dia. Satu hari dia bwk ‘hantu pen4nggal’ blk rumah,”

 

Luahan ini telah dikongsikan di laman media sosial sebelum ini dan kini disiarkan untuk pengajaran buat semua.

Hai min. Tlg hide profile. Saya guna fb adik saya. Saya ni umur 43, isteri umur 31. Kami kahwin dah 4 tahun tapi isteri jenis tak pandai menyimpan. Gaji saya 2100, gaji dia 6000. Kereta saya biasa je, kereta isteri saya pula besar macam badan dia. Memang la gaji besar tapi kalau bukit tinggi hari2 kena tarah, rata juga.

Saya tak pernah guna duit dia sebab saya ni jenis simple, makan dan pakai apa saja. Isteri pun macamtu, tak memilih makan.

Waktu kahwin dulu pun buat satu majlis niikah, makan2 simple je. Dia tak kemaruk nak ada pelamin atau kahwin grand, walaupun dia ada master, saya cuma ada PMR.

Tapi kalau shopping, macam dir4suk. Saya risau nanti kalau ada anak, dia masih dengan habit shopping. Kalau saya mti dulu macam mana masa depan dia, sapa nak guide dia.

Saya tau tu duit dia tapi min, bila saya simpankan nanti waktu dia minta kalau saya tak kasi nanti dia buat muka sedih.

Dia ni tiap2 bulan ada je tema dia. Kalau bulan tu kemaruk beli makeup, dekat berpuluh kali la keluar masuk Watsons, Guardian, Sasa. Rumah tu dah macam gudang lipmatte.

Lagi2 dia beli lipmatte yang satu kotak ada berpuluh batang tu tapi warna gelap2 macam h4ntu. Kalau bulan tu tema langsir, habis la semua Mr Diy dia masuk sebab nak cari langsir pattern sama. Kalau bulan tu tema pinggan mangkuk, habis la tiap2 minggu dia ajak ke Nilai 3. Kaison la, Madam King la.

Lepastu siap buat perjanjian lagi nanti bila habis PKP dia nak pergi Central Market sebab ada jual pinggan corak2 warna warni tu. Dah la rumah kami ni ada 3 kedai EcoShop, semua dekat2.

Lepastu ada Zon Jimat, Mr Save, Setia rm2. Ya Allah semua dekat2. Waktu saya tidur dia duk termenung la kat dapur tu fikir apa lagi nak deko. Tolong saya para isteri. Mcm mana nak nasihat budak byk duit ni.

Bila saya marah, dia kecik hati. Dia kata dia beli barang sbb nak release tension kerja. Saya faham kerja bank mmg tekanan. Mmg bonus dia paling sikit 12 ribu setiap tahun tapi dok tabur duit beli barang tu, sampai bila.

Alahai min, tolong la saya min. Dia serba serbi elok, pandai masak, pandai hias diri, pandai pulak tu bertukang. Tukul tu dah mcm kawan baik dia.

Sampaikan set screwdriver pun dia pandai beli sendiri, siap beli yg ada magnet. Kalau sofa ikea, rak ikea, trolley ikea, dia boleh pasang sendiri. Sekejap je. Kalah lelaki.

Waktu PKP kami duduk rumah, dia asyik beli set periuk je sampai berpuluh dah. Seronok dia masak daging mahal2. Saya kurang makan daging, udang sbb saya suka ikan bilis, ikan masin je.

Tapi apa benda Dessini beli sampai dua set, dia cakap best sangat pakai. Tak cukup beli kedai, beli Lazada. Shoppe. Mmg dia pakai setiap hari tapi geram tu Tuhan je tahu. Skrg dia tgh teropong jenama Carote, saya tgk harga dekat 3-4 ratus satu set.

Yang rm699 pun ada. Tefal dia dah bosan. Ada sekali tu saya balik awal sebab letih kerja, tgh syok baring depan tv tiba2 Poslaju sampai. Ha kau, kotak besar Ikea.

Dia beli balang Korken byk, dgn pinggan Oftast ya Allah dapur tu dah mcm gudang pinggan nak beli lagi buat apa. Dia nak cover line, dia ckp la dia ada beli sekali roller bulu kucing Bastis tu, sbb kucing kami fully indoor, roller mmg kena ada byk. Hmm..

Min, nampaknya tema bulan ni adalah tema baju. Dan tema rambut p4lsu. Setakat harini, dah 3 rambut p4lsu sampai dekat rumah.

Tadi gi dapur nampak rambut p4lsu sangkut kat botol air Pepsi. Ingatkan hantu penanggal. Dia cakap saja pakai waktu mengemas dapur. Hm..

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum dan hi semua. Aku Khabib (bukan nama sebenar) seorang suami kepada seorang isteri dan tiga orang anak. Aku dan wife dah kahwin 12 tahun.

Mula-mula kawin,walaupun dua2 bekerja, hidup kami memang struggle. Lebih2 lagi masa tu dua2 tengah sambung belajar.

Dengan macam2 nak kena bayar, insurans kereta, sewa rumah, duit pengasuh anak, nafkah kat mak ayah dan juga yuran pengajian.

Walau susah, aku ada satu prinsip, yakni susah macam mana sekali pun, aku takkan usik gaji wife aku.

Lebih2 lagi dalam agama, ada 3 perkara yang menjadi tanggungjawab nafkah seorang suami, iaitu rumah, makanan dan 2 persalinan pakaian untuk setahun.

So untuk ketiga perkara ni aku pegang kemas2, gigit dengan gigi geraham, susah macam mana pun aku yang kena setelkan, bukan isteri.

Rumah aku bayar full (takde kongsi2) walaupun duduk rumah flat sempit, duit belanja dapur aku yang setelkan, insurans kereta dan juga hal2 lain.

Tak pernah aku minta kongsi bayar walaupun aku tahu wife aku pun ada income. Gaji dia, yang aku tahu ada portion yang dia berikan untuk mak ayah dia, berbelanja sikit2 dan selebihnya dia simpan.

Walaupun masa tu dia tahu duit gaji aku sentiasa habis, dan dia ada juga offer duit dia pada aku, aku memang akan tolak.

Ya, aku ada ego, aku takkan makan duit isteri. Bagi aku, kalau tak cukup duit isi minyak kereta (kereta buruk second hand je waktu tu), aku rela naik motor pergi kerja.

Kalau motor pun takde minyak, aku lagi rela k4yuh basikal. Bagi aku, as a gentleman, memang tanggungjawab aku cari nafkah untuk keluarga.

Pendek kata, memang duit gaji utama aku masa tu memang 100% habis dekat keluarga. Nak duit poket lebih siket untuk diri sendiri, aku buat part time waktu malam. Kerja kuat, tapi bukan menumpang isteri.

Masa berlalu. Beberapa tahun lalu aku dah tamat pengajian peringkat tertinggi, dan sekarang bekerja di syarikat multinational. Gaji aku dah lima angka.

Wife aku pun sama, seorang pensyarah di IPTA tempatan. Rumah 2 bilik dah bertukar jadi 7 bilik, kereta buatan Malaysia dah bertukar kepada continental. Namun hingga sekarang prinsip aku masih sama.

Sehingga saat aku menulis ini pun, aku masih tidak tahu berapa gaji isteri aku. Duit dia adalah hak dia. Aku cuma pesan, dia nak beli apa dengan duit dia, dia punya suka cuma jangan membazir.

Dan kalau nak beli benda yang besar2 atau buat investment, wajib refer aku dulu (supaya aku tahu dan elak dari jadi mngsa penipuan). Alhamdulillah dia faham kehendak aku.

Hari ini, bila aku imbas kembali saat2 susah dahulu, dan apa yang telah aku kecapi hari ini, bagi aku rahsianya adalah bahagiakan keluarga dengan ikhlas.

Jangan takut tiada duit, sebab rezki Allah yang bagi, tugas kita cuma usaha, usaha dan usaha. Jangan bedal harta isteri.

Nabi bersabda: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)

Benar, wanita diuji ketika susah, dan lelaki diuji ketika senang. Tak terkecuali dengan aku.

Bila senang tak semena2 ramai pula yang menggoda. Ada dara, dan ada yang janda. Masing2 sanggup untuk jadi kedua mahupun ketiga. Ikut nafsu, memang tergoda. Ikut iman, inilah ujian.

Apa yang aku ada sekarang sudah cukup membahagiakan, isteri dan anak2 yang sihat dan comel2, dan aku sama sekali tidak akan berkompromi dengan sesiapapun untuk anugerah dan amanah yang telah Tuhan berikan ini.

Pesanku buat para suami, jadilah Gentleman. Susah tak apa, yang penting usaha, usaha, dan usaha sampai jaya.. agi idup agi ngelaban

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa re4ksi warganet

Sha Hana, Maaf ya..inilah confession yg paling win. Sangat2 kelakar. Encik memang berbakat menulis dan bertuah sebab wife pun berbakat dalam serba serbi. Saya doakan kebahagiaan dunia akhirat buat Encik & wife yg comey. Part wig tu memang menghiburkan.

Uyu Hadi, Happy baca luahan tt ni…. mungkin tt stress.. tp wife die x…. Abam tt… tu cara wife abam tt transfer perasaan excitement die bam…labur duit utk kepuasan hati sendiri… reward die pd diri sendiri.

Mungkin melampau pd abam tp emosi wanita ni subjektif bam.. untung abam.. wife abam x ‘ganggu’ abam dgn kehendak die. Syukur la bam… sbb bnyk wife kat luar ni yg bergantung dgn suami utk puaskan hati dan nafsu mata mereka.

yg mn rata2nya terperuk rasa sbb x dpt nk shopping kat kedai eco pun. Bagus wife abam hias deco rumah.. abam pun dok dlm rumah yg sama… mesti cantik selesa kan? Wife abam make up… bior ler bam… puas die conteng muka… diam la tu.

Puas die beli brg bnyk… lps ni slow la tu… setakat mn la sgt maksimum limit shopping die tu… mn la taw koleksi yg terlebih bnyk tu nnt blh buat die pikir beli banglo pulak utk space yg lebih luas ? Enjoy your life bam…. semoga bahagia hendaknya.

Indah Suhana, Weiii dlm bayk maslaah krt..yg ni paling win..saya suka..saya suka..weiii best laa baca ni. bini hang sama pesyeng dng perangai aku juga laa weii..jenis aku pun smaa..kku dan gila beli periuk beliii periuk smpai tak tau mna nk simpan..kku dan gila beli cadar ..beliiiiiiii sebuman tu smpi 15 set cadar tilam weiii…sebijiik smaa..

aku ingt aku ja pesyeng lagu ni..rupanyaaa ada juga lagu ni weiiu. tuan tanah weii biar pi kat dia laa dia nk beli apa pun..nnti.sampi.satu masa dia tak beli dah..lagi pun dia byk duit pakai duit sendiri ok laa tu..

untunglaa tuan tanah..beza aku lak pakai duit laki. sebb aku suri rumah..aku bagi cadahn kat tuan tanah..apa kata tuan tanah cucuk2 dia supaya dia gila beli baragkenas bagsawan pula..

mo klu dan dia gila beli emas nnti dia keja beli emas..bukan apa beli emas untung..tuan tanah cucuk2 dia supaya dia gila emas pula.

Tuan tanah oii..nak tau tak jenis gini kan mmg dia rasa bahagia tau .sbb aku oun camtu..bila dapt beli barg yg suka tu ya allah bahagianyaa hidup mmg ilamg stresss ..biar pi kat dia laa ..bahagia cara dia camtu.aku tau laa sbb aku jenis gini.sungguh pun

Sri Hana, Dia ada duit sdiri n dia mmpu biarlh dia happykn diri dia dgn cara dia.. akn sampai satu masa nnt yg dia akn bhnti.. shopping n perempuan berpisah tiada.. hobi yg setiap lelaki kna tahu.. as long as dia x susahkn tt dan bli pn guna duit sdiri biarkn aje.. yg pnting nafkah tt utk isteri tu yg tt perlu ambil berat.. jgn duk asyik kira duit bini je.

Mas Ibrahim, Seronok baca. Dapat bayangkan rumah anda mesti meriah ya… Walaupun lom ada anak.. In shaa Allah berkat doa dan nasihat tak henti2 tapi nasihat cara yg lembut tapi tegas…

In shaa Allah ada anak nanti dia akan berubah sikit2… Pada itu anda simpan la juga duit gaji anda sikit.. Utk masa depan anda dan keluarga… Suatu hari dia pasti berubah.. Caya la.

Liya Wana, Alamak sy paham perasaan wife tt ni huhuu aku setiap bulan ada budget tp setiap bulan jg laa budget tu blh buang tong sampah akibat tabiat hobi shopping ni. sekali shopping hrmone kegembiraan tu melonjak naik tau .

Biarkan dia sb duit dia, mesti isteri tt ada simpanan tu jgn risau psl tu. Tp tt jgn lupa bg nafkah yg sepatutnya dgn dia even gaji dia besar k. Till jannah

Suraya Azlin, Abg…kj bank ni stress dia bkn kaleng2 bang. Salah satu cara mmg soping…kalau x soping..bercuti kt hotel. Abg jgn bimbang kalau abg m4ti dia xd simpanan. Sbb pekerja2 bank ni tau mana nk campak2 duit dia ni.

Kalau x tau…bos2 dia akan paksa buat bang. Insha Allah. Busuk2 asb mmg kena ada. Wajib. Bhahahaha… biarlah bang. Bese org bank ni jarang kisahkan gaji pasngan masing2.

Jgnlah abg susah hati ckp gaji abg lg kecik dr dia. Banker ni…cuti pn kena hadap bos..hadap cust. So masing2 ada cara nak release stresss. Xpela..jgn risau ye.

Nisa Halim, Itu cara wife awak release stress. Lagipun guna duit dia kan? Saya pun ada perangai mcm ni jugak. Kita letih kerja. Rasa puas bila dpt beli apa kita nak.

Bukan dia membazir beli benda tak berfaedah pun. Org perempuan ni awak tak perlu risau la. Kitaorg ada bajet utk shopping dan ada wang simpan utk emergency dan masa depan.

Sakura Kimura, Biarlah dia tt tu tanda kebahagiaan dia.. tp kalau dh terlalu banyak kene ckp kat dia kene bersedekah tt cari kat youtube ceramah ustaz2 berkenaan nafsu perempuan nie ada banyak salah satunye nie la shopping brg2.

kalau brg banyak beli tp x gune khas utk simpan je.. nanti esk2 brg tu bley bawak masuk ke neraka.. so kene terangkan kat wife tt tu.. lainlah kalau isteri tt banyak sedekah tu saham akhirat.. try la.

Sha Zaza, Aduh seronok pulak aku baca kisah tt ni. Ok apa bini kau, takde la hidup menyusahkan ko. Cuma boros la. Tp dia guna duit dia. Semua ok kot.

Pndai serba serbi. Ingt senang ke nk jumpa perempuan macam tu. harap tt bersabar ye. Tunggu tema dia seterusnya yer. Aku doakan jodoh korang kekal bahagia hingga jannah . Amiin. Tapi yg bab rambut palsu tu. sumpah lawak beb.

Rahma Dania, Sy terhibur baca cite tt ni huhu, xtau nk bg pndapat cemane sbb dy beli seme tu guna duit dy…duit suami duit isteri,duit isteri tetap duit isteri…

suatu hukum dan hakikat yg seakan tidak dapat diterima pakai kebelakangan ni asbab trend isteri bekerjaya tp kene igat, hukum tetap hukum. Syarak tetap syarak yg tidak akan ditelan zaman.

Linda Lin, layankn ajerlah tt… as long as bini tu lyan elok.. masak, kemas n jaga tt tu elok… biaq lah bg dia happy … dah bini awk tu cara happy nya mcm tu… nk wat lagu mana… kang klu disekat … tt gak yg susah nti…

cuma bgtaulh lembut2… nk brbelanja tu boleh… tapi menyimpan utk masa depan itu perlu… mana tau kot2 ada masa2 kecemasan perlu duit… takdelh kelam kabut.

Miyu Hana, Awak kalau nak nasihat dia mungkin sukar sebab itu memang duit dia. Jalan yang terbaik ialah beri dia agama. Agama Islam larang pembaziran.. jadi kesedaran perlu datang dari diri dia sendiri.

Bagi dia ilmu.. dengar kuliah agama sama2.. expecially bab beli barang yg tidak dipakai.. nanti ditanya Allah.. buat apa dengan duit yg dia dapat, berapa banyak yang disedekahkan, berapa banyak beli barang2 simpan..

dipersoal diakhirat kelak. Biar dia insaf dari ilmu yg dia dapat.. kesedaran perlu datang dari diri dia sendiri. Kuatkan diri, hormaati diri sendiri insya Allah orang akan hormat awak. Niatkan kerana Allah.. pasti Allah akan tolong.

Riena Diana, Terhibur.. Kalau sy bekerjaya, sy rase sy pun mesti mcm ni.. Sy pun bsr jg..hahahahaha..Wife tt bahagia cara dia.. Itu cara dia release stress..Sementara xde komitmen anak..

Ni la masa Dia nk ‘enjoy’ slps penat lelah berhabis mase blaja dulu utk kejar cita² skng… Bersyukur jg tu, dia blanja guna duit sendiri, serba serbi pandai plk tu.. Lainla kalau dapur berulat, kain baju bergunung ganang..

Pengotor.. Tt x perlu stress.. Pasti ade ‘simpanan’ kira² yg wife tt dh rangka… Ikhlas sy doakan semoga tt dan wife berbahagia sehingga syurga dan dikurniakan anak soleh solehah.. Aamiin..

Intan Yahya, Sabar lah yer tt. Ni dulu perangai saya juga. Lama2 rumah dah jadi macam gudang. Terlalu banyak barang. Nak apa semua ada. Dari periuk, pinggan mangkuk, kain baju, kitchen organizer, electronic, tv setiap bilik,

kitchen gadget, alat2 membakar kuih, skin care, makeup, kalau sasa, sephora dan faceshop tu pantang jumpa, mesti beli berbakul2. Lama2 sekarang ni saya dah tak tau nak beli apa.

Kalau pi shopping pun hanya sekadar cuci mata. Dah hiilang n4fsu nak membeli bila teringat kat rumah yg hanya ada 4 orang pun rasa sempit dgn barang.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook satkobaviral.com

Sumber : https://www.mediakl.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*