Netizen sebulat suara mahu boiikot perniagaan keluarga Neelofa

 

Sejak awal minggu,nama ibu kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menjadi bualan hangat di media sosial selepas mendaftar nama produk makanan ‘Harimau Menangis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang menimbulkan kec4mman netizen.

MyIPO Belum Luluskan Permohonan, Kartini Mohon Maaf

Bagaimanapun, susulan daripada kenyataan rasmi MyIPO yang menyatakan jenama yang dipohon oleh Kartini masih dalam pemeriksaan dan belum diluluskan, ibu selebriti itu menerusi sebuah kenyataan media syarikatnya,Noor Khan Enterprise telah memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar.

Menurutnya, permohonan itu bukanlah merujuk kepada nama daging ‘harimau menangis’, sebaliknya hanyalah rekaan pada tulisan perkataan itu. Malah mereka juga tidak menghalang sesiapa sahaja untuk menggunakan nama tersebut selagi tidak menyerupai bungkusan dan rekaan mereka.

“Pihak kami ingin memaklumkan bahawa permohonan tersebut adalah bersifat untuk melindungi penggayaan, susur atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produk.

“Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihak kami dan pengguna di luar sana, ” katanya dalam kenyataan itu

Netizen Boikot Perniagaan Keluarga Neelofa

Namun, menerusi perkembangan lain di laman Twitter terdapat segelintir pengguna mula memboikot perniagaan Neelofa dan keluarganya berikutan isu tersebut. Malah ada diantaranya juga menyeru pengguna lain untuk turut sama memboikot perniagaan keluarga selebriti itu sehingga Kartini membatalkan permohonannya.

“Boikot apa sahaja dari keluarga Neelofa sehingga ibunya membatalkan permohonan nama tersebut. Ada lebih banyak perniagaan kecil yang anda boleh beli daripada mereka. Masyarakat kini sedang bersusah payah. Berhenti jadikan orang kaya (dan tamak) lebih kaya” kata seorang pengguna laman itu

Terdahulu, menerusi hantaran di Insta Story nya, Kartini telah menyatakan nama ‘harimau menangis’ sudah didaftarkan dan menasihati orang ramai untuk menggunakan nama yang berbeza selain daripada nama yang didaftarkan tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*