Sejak pagi ini, beberapa blog tempatan telah mengeluarkan artikel berhubung jawapan Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail bila ditanya tentang ‘YB Muar’.
Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ sebelum itu telah membuka ruangan soal jawab kepada pengikut di laman Insta-story Instagram.
Pelbagai persoalan telah diajukan baik kepada kebajikan negeri Johor, keluarga dan juga peribadi.
Beberapa pendedahan yang tidak pernah diketahui ramai telah pun dibuat oleh TMJ termasuklah mengenai mengapa baginda tidak menyukai salah seorang ahli politik yang digelar ‘YB Muar’ ketika diajukan oleh salah seorang pengikut laman tersebut.
YB Muar ‘F4ke’
Menurut TMJ, baginda tidak menyukai ‘YB Muar’ kerana sikapnya yang sebagai suka berpura-pura (f4ke).
Malah ketika soalan lain yang bertanyakan apakah maksud berpura-pura bagi TMJ, baginda menganggap sebagai individu yang tidak mempunyai prinsip dan hanya berpura-pura di media sosial.
” Orang yang takda prinsip. Orang yang berpura-pura di sosial media, orang yang macam lalang” tulis baginda
Dalam soalan susulan, TMJ turut menyatakan alasan menganggap ‘YB Muar’ itu sebagai berpura-pura adalah kerana baginda percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai prinsip dan bukan sekadar mengikut angin yang bertiup.
Meskipun tidak menyebut secara terangan-terangan siapa YB Muar, namun dipercayai ia merujuk kepada Syed Saddiq yang merupakan Ahli Parlimen Muar.
Syed Saddiq muatnaik status terbaru
Sementara itu menerusi perkongsian di Instagram, Syed Saddiq dilihat memuatnaik status terbaru beliau hari ini.
Namun status Syed Saddiq itu bukanlah ditujukan kepada sesiapa.
” Saya dipilih untuk berkhidmat.
” Semalam saya telah mengedarkan bantuan Food Bank & laptop kepada lebih 15 buah keluarga di Muar.
” Hari ni saya akan buat lagi.
” Ini waktu rakyat sedang susah, lapar dan sakit. Tanggungjawab kita semua untuk bantu dan sama-sama ringankan beban semua orang.” tulis Syed Saddiq
Syed Saddiq berkongsi aktiviti beliau yang kini giat membantu golongan kurang berkemampuan dengan menyalurkan bantuan dari segi laptop dan makanan.
Rata-rata warganet memuji Syed Saddiq dengan menyifatkannya sebagai seorang wakil rakyat yang gigih membantu rakyat berbanding YB-YB lain yang sibuk berpolitik.
” Tak kisah la F4KE ke apa.. yg penting kerja jalan … dari yang senior-senior punya menteri2 pun majoriti F4ke juga cakap je lebih! Fake pun org Muar tetap untung .. teruskan je Young Man YB .. selagi utk kebaikkan rakyat!” tulis Nor.
Dalam pada itu kebanyakan warganet juga berpendapat TMJ dan Syed Saddiq masing-masing mempunyai sifat pemurah dan kerap tampil membantu rakyat Johor.
Sumber:murai.my dan IG Syed Saddiq
Leave a Reply