Benda Dah Kantoi, Adakah Wanita Mncuri Kerana Anaknya Lapar Akan Diambil Tndakan? Ini Respon Peguam

 

Kisah seorang ibu yang terdesak hingga sanggup mencu-ri makanan dan plaster untuk kebah demam bagi mengubati demam anaknya telah tular di media sosial.

Menariknya kisah itu sampai pada pengetahuan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal di mana beliau sendiri tampil menghulurkan sumbangan kepada wanita terbabit.

Terbaru, seorang peguam terkenal, Nor Zabetha berkongsi pandangan beliau mengenai kisah maIang wanita tersebut.

Berikut adalah perkongsian yang ditulis beliau di FB;

Saya diminta pandangan tentang kes ibu mencu-ri demi anak yang lapar.

Jadi, saya menulis ini dari dua sudut pandangan yang berbeza. Dari sudut pandangan saya sebagai seorang manusia, seorang ibu dan seorang warganegara yang prihatin.

Manakalau sudut pandangan yang kedua adalah dari kedudukan undang-undang itu sendiri. Bahawa undang-undang dan moral itu adalah dua perkara yang berbeza.

Membaca berita seorang ibu yang ditahan polis kerana mencu-ri, antara barang-barang yang ditemui adalah penampal penyejuk suhu badan untuk anaknya yang sedang demam dan kek pandan serta sosej.

Boleh saya katakan barangan itu adalah keperluan ‘necessity’ untuk merawat anaknya dan memberi makan anaknya yang lapar.

Saya cuba mendalami situasi ini. Situasi tatkala kita pegang dahi anak kita dan kita tahu terlalu panas. Kita buka dompet dan lihat, kalau ada hanya seringgit dua yang tinggal. Badan anak pula panas. Kemudian dengan wajahnya itu dia lihat kita “Ibu lapar. Saya lapar ibu”, suara anak bergetar.

Bayangkan situasi ini, saya menulis bahagian ini sambil saya pun bergenang air mata. Saya hanya membayang sahaja dan tidak menghadapi situasi. Berat saya rasakan.

Bayangkan pula kita minta pinjam jiran sebelah menyebelah, mereka juga tiada wang atau mungkin buat sekian kalinya kita pinjam lagi wang tanpa bayar dan kali ini tiada lagi peluang.

Jadi apakah yang akan dilakukan oleh seorang manusia? Seorang ibu? Waktu ini. Dibiarkan anak lapar atau melakukan sesuatu kerana desakan. Saya rasa kalian ada jawapan.

Hal kanak-kanak ini sering menyebabkan hati saya meruntun. Ada sekali tahun lalu, sewaktu PKPP, sepasang suami isteri datang ke pejabat. Dia bawa anaknya yang baru 2-3 tahun. Baju putih anak ini lusuh. Nampak comot.

” Kami ada masalah, kami menyewa bilik di sebuah rumah sewa. Tuan rumah tidak suka anak kami bising dan bermain. Dia halau kami keluar. Dia tidak berikan peluang ambil barang. Jadi kami tidur dalam kereta. Sudah beberapa hari tidur dalam kereta. Sehelai sepinggang begini”

Saya senyum pada anak ini, manis dan suci wajahnya. Apalah dia tahu tentang kehidupan ini. “Mari sini. Salam aunty”. Dia salam. Kasihan anak ini. Dalam dunia ini, nasib kita berbeza-beza. Beruntunglah kalau kita ini diberikan kehidupan yang selesa dan baik-baik.

” Tunggu sekejap, saya minta team saya keluarkan surat tuntutan. Jika dia tak mahu kerjasama, jika tidak bawa ke mahkamah. Segala kerja-kerja kami, hadiah untuk anak”.

Alhamdulilah selesai, walaupun tuan rumah sejenis manusia yang sukar untuk berurusan. Kami juga sentiasa tegas. Sudah terbiasa berg4duh dan berurusan dengan orang yang ada perangai dan sikap bvruk. Anak kecil ini dapat semula keperluannya, tidak perlu lagi tumpang mandi di surau atau masjid.

Kalau ada ibu bapa yang kesusahan datang ke pejabat, ada waktu juga bila bertanya beberapa soalan kepada mereka, ada yang memang benar ujian yang menimpa, ada juga kerana sikap sendiri yang tidak mahu mencuba dan malas.

Untuk mengelakkan saya terus mengadili dan menghakimi, saya akan berbual dengan anak-anak ini. Saya ketepikan rasa mengadili dan fokus kepada anak ini. Saya rasa tidak adil anak-anak kecil ini diletakkan dalam situasi ini kerana sikap ibu bapa.

Kalau bercakap tentang undang-undang, polis, pihak berkuasa serta mhkamah. Mereka ini rata-rata manusia. Pastinya ada rasa simpati, kasihan dan sedih bergantung kepada situasi dan setiap kes.

Sebab itu hukvman denda yang diberikan mahkamah itu berbeza. Misalnya jika ada kesalahan yang hukuman memperuntukkan pnjara maks1mum 1 tahun atau dnda atau kedua-duanya sekali. Keutamaan biasanya diberikan kepada denda.

Ada mhkamah berdasarkan kes beri denda RM300, ada yang beri RM1,000 walhal sksyen kes4Iahan yang sama. Semuanya berbeza mengikut betapa seriusnya kes4Iahan. Ini adalah pada budi bicara mhkamah.

Kalau dalam kes mencu-ri kerana anak-anak begini selalunya, diberikan hukvman yang ringan tetapi ada juga laporan berita kononnya alasan mencu-ri demi anak-anak tetapi barangan yang ditemui adalah compact powder, lipstick.

Alasan-alasan begini, hanya alasan hendak lepaskan diri, selalu mhkamah tidak ambil sebagai alasan yang terpakai.

Di mhkamah itu tempat menyaksikan susah senang hidup orang, baik dan j4hat manusia, jujur dan kaki tember4ng manusia. Maka mereka sangat berpengalaman mengesan alasan mana yang benar atau alasan mana yang diada-adakan. Bayangkan seharian meneliti kisah manusia.

Jadi kalau dalam kisah ibu tadi, jujurnya saya sendiri pun tidak sanggup. Ada juga dalam kes di mhkamah, apabila pengadu telah buat laporan, mereka tarik semula selepas dipujuk oleh pelaku.

Ada juga pelaku yang memberi pampasan selaras dengan kerugian yang dialami dan meminta agar pengadu menarik balik kes. Kalau kes-kes tidak melibatkan maru4h, masa depan dan juga keh4ncuran, barangkali wajar. Misalnya macam kes si ibu yang mengambil barangan tadi.

Memang benar, kuasa mendkwa masih pada pendkwaraya walaupun pengadu telah menarik balik kes. Kuasa ini selaras dengan dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya harap agar pemilik kedai ini dapat mempertimbangkan laporannya. Saya tahu jnayah curi tetap curi tetapi..

Tiada tindakan diambil kerana Ketua Polis PJ arah kes tidak diteruskan

Apabila laporan berita, bahawa Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengarahkan agar kes tidak diteruskan. Dari sisi seorang manusia, saya menyambut baik keputusan itu kerana perbuatan itu adalah desakan kehidupan yang ingin merawat anaknya serta memberi makan.

Saya paling suka mesej kemanusiaan begini bahawa bila memerlukan kita membantu. Dalam ketegasan itu ada lembutnya. Bahawa setiap kesalahan jnayah itu, ada penceritaan dan kisahnya.

Ada penjnayah yang memang j4hat dan zaI1m, mereka rom-pak, ra-gut dan bu-nuh demi untuk mendapatkan habuan dan kesenangan. Yang jenis ini kita lawan dan banteras.

Undng-undng ini sangat berbeza dengan konsep kedudukan moral. Saya masih ingat, waktu saya belajar sebagai pelajar undng-undng dahulu.

Jika kita ini tidak bermoral tidak bermakna kita salah dari undng-undng. Misalnya kita lihat seseorang kelaparan, sedang berbaring di atas jalan kerana kelesuan, kurus dan kering sehingga nampak tulang. Hampir m4ti kerana lapar.

Barangkali lama juga dia tidak makan, di tangan kita ada sebungkus nasi. Kita juga lapar. Kita lihat dia dan kerana kita tidak mahu berkongsi, kita berlalu pergi dan meninggalkan dia yang bakal m4ti. Ini adalah kesaIahan moral dan belum tentu kita salah dari segi undng-undng.

Manakala dari segi undng-undng, kalau kisah pencu-ri seperti Robin Hood mencu-ri demi membantu rakyat susah yang dianiaya oleh pemimpin. Dari sudut moral, memberi makan orang yang memerlukan sangat bermoral tetapi jnayah curi itu tetap curi. Tetap dia salah.

Begitulah perbezaan salah moral tidak bermakna salah undng-undng dan sebaliknya.

Kadangkala kita sebagai manusia ini barangkali terikat antara kedudukan moral dan undang-undang. Semuanya tertakluk kepada naluri kita dan apa yang kita rasakan betul, apabila tiba masanya kita diuji antara pilihan salah dan betul ini.

Sumber:FB Nor Zabetha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*