Susulan pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, ramaiyang terkesan sehingga ada yang hilang pekerjaan serta ada yang terputus bekalan makanan kerana tiada sumber pendapatan.
Malah, ada yang terpaksa mengikat perut dan lebih mengejuatkan ada yang sanggup mencuri demi mengisi perut keluarga.
Namun, masih ada golongan yang tidak tahu bersyukur sehingga sanggup melakukan pembaziran. Seperti yang berlaku di Indonesia ini, dimana seorang lelaki sanggup membuang semua telur ayam ke semak.
Memetik laporan merdeka.com, kejadian yang berlaku di Magetan, Jawa Timur itu adalah disebabkan oleh lelaki berkenaan kecewa berikutan telur ayam mengalami penurunan harga pasaran secara mendadak.
Difahamkan, peniaga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk makanan ayam yang melonjak naik tetapi tidak mendapat untung daripada modal yang dikeluarkan.
Menerusi video tular itu, orang ramai cuba menghentikan tindakan lelaki itu namun tidak diendahkan. Lelaki berkenaan bertindak membuang semua telur berkenaan.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berang dengan sikap peniaga tersebut kerana ramai yang tidak makan kerana tiada wang. Jika tidak mahukan telur tersebut adalah lebih baik jika disedekahkan kepada orang susah dan yang memerlukan.
Sumber:gulapop
Leave a Reply