Kalau jodoh tak ke mana. Walaupun cinta mereka pernah terk4ndas seketika, namun perasaan yang mendalam kembali menyatukan putera sulung penerbit dan pelakon Sheila Rusly, iaitu Uzair Haqimy yang selamat mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elisya Sandha pada jam 3.30 petang, hari ini.
Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan sederhana di kediaman kakak Elisya, iaitu aktres Fasha Sandha yang dihadiri seramai 15 orang tetamu sahaja.
Sheila ketika dihubungi berkata, majlis pernikahan membabitkan anak sulungnya dengan Elisya akan diumumkan kemudian.
“Tarikh nikah akan kami kongsikan kemudian. Malah hantaran juga adalah rahsia mereka.
“Apapun terima kasih atas doa yang diberikan dan saya harap hubungan mereka akan terus berkekalan dan dipermudahkan,” katanya.
Berikut kami k0ngsikan beberapa momen menarik di sekitar majlis pertunangan tersebut.
Tahniah kami ucapkan kepada Elisya dan Uzair.
Sumber:IG
Leave a Reply