Terbaru, PoIis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan dua wanita dignggu termasuk gngguan sek.suaI oleh anggota poIis yang menjalankan tugas di sekatan jalan raya (SJR) di lokasi berasingan, baru-baru ini.
Terdahulu dalam kes di Jalan Duta, di sini, seorang wanita mendkwa ditanya sama ada memakai b.ra dalam oleh anggota poIis bertugas, selain diberi jaminan tidak akan disa.man jika menunjukkan kepadanya.
Sementara itu kejadian lain berlaku di Pulau Pinang apabila anggota poIis didkwa menghantar mesej kepada wanita yang baru diperiksanya ketika melalui SJR dengan tujuan ingin berkenalan.
Menurut Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan kedua-dua dakwaan berkenaan.
” Siasatan pada masa ini adalah untuk mengenal pasti kedua-dua anggota terbabit berdasarkan keterangan dan maklumat yang ada.
” Bukit Aman sudah menghubungi kedua-dua wanita itu bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai anggota yang didakwa mengganggu mereka bagi membantu siasatan JIPS,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Zamri berkata, JIPS akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya ke atas mereka yang terbabit.
” Kesalahan-kesalahan sebagaimana yang dinyatakan itu adalah kesalahan tatakelakuan yang serius kerana ianya boleh mencem4rkan imej PDRM.
” Saya ingin mengingatkan pegawai dan anggota poIis perlu bersikap profesional dan tidak membuat sesuatu perkara atau melakukan percakapan tidak berkaitan dengan tugas rasmi yang sedang dijalankan pada masa itu,” katanya.
Kedua-dua wanita itu berkongsi hantaran situasi yang dialami mereka ketika melalui SJR menerusi akaun Twitter dan Instagram masing-masing.
Wanita yang dikenali sebagai Sabiyusof memaklumkan dita.han selepas tidak membawa lesen memandu ketika melalui SJR di Jalan Duta, di sini, semasa dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas mengambil barang di Wangsa Maju, di sini.
Dia juga turut diminta mengemukakan surat kebenaran untuk pergerakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun menunjukkan kebenaran itu dalam sistem menerusi atas talian dalam telefon bimbit miliknya.
Mahu ‘tunjuk’ atau kena sa.man, ini jawapan gadis itu
Bagaimanapun, semasa pemeriksaan dilakukan, seorang daripada anggota poIis bertanya soalan sama ada dia memakai pkaian dlam atau tidak, selain turut mendakwa tidak akan disa.man sekiranya dia menunjukkannnya.
Wanita itu kemudian enggan menuruti permintaan itu, dan meminta anggota poIis terbabit mengeluarkan sa.man.
” Saya tak pakai b.ra waktu tu dan entah macam mana poIis tu perasan. Dia kemudian bertanya kenapa saya tak pakai b.ra. Masa tu plak saya lupa bwa lesen.
” Kemudian seorang pegawai poIis lain pergi ke khemah sebab nak ambil device untuk semak menerusi IC saya samada saya ada lesen atau tidak.
” Jadi poIis yang bernama xxx datang dengan tingkap dan cakap “seriuslah you tak pakai b.ra, cuba bukak tunjuk.. kalau you tunjuk i tak sa.man.”
” Selepas itu dia berkeras untuk bertukar-tukar nombor telefon dengan saya biarpun saya beritahu yang saya tak selesa. Pastu dia bagi telefon dia dan minta saya missed call nombor telefon saya depan dia.
” Saya cuba untuk hubungi hotline PDRM untuk buat laporan berkenaan isu itu tapi tiada siapa angkat.” tulisnya di Twitter.
Sumber:hmetr0
Leave a Reply