“Asal raya je ada orang bod0h selfish” -Ezzaty Abdullah bengang, bunyi mercun ganggu tidur

Malam sambutan Tahun Baru Cina rasanya tidak sah kalau tiada bunyi dentuman mercun. Tradisi yang menjadi kewajiban masyarakat Tionghua ini selalunya menjangkau hingga awal pagi.

Selain daripada Tahun Baru Cina, perayaan-perayaan lain yang disambut masyarakat Malaysia sememangnya menjadikan mercun sebagai salah satu pembakar semangat untuk meraikan hari istimewa tersebut.

Namun begitu, ada juga sesetengah individu yang kurang selesa dengan bunyi mercun yang kuat sehingga menggangu kententeraman orang lain.

Tak dinafikan ianya memang meriah, namun tak semua orang suka kerana ia sebenarnya dah menganggu waktu rehat mereka seperti pelakon Ezzaty Abdullah ni.

Asal raya je ada orang b***h selfish!”

Umumnya kita semua tahu hari ini merupakan hari perayaan tahun baru cina dan sudah semestinya malam tadi meriah dengan bunyi mercun, tetapi ia membuatkan pelakon Rahimah Tanpa Rahim ini rasa terganggu dan melepaskan kemarahannya di IG Story

Katanya, dia baru sahaja nak rehat setelah seharian membuat penghantaran makanan tapi susah kerana bunyi mercun tersebut. Malah, dia dah cuba hubungi pihak security tapi tak ada respon.

 

Terganggu dengan bunyi bising

Hal ini disuarakan oleh seorang pelakon wanita, Ezzaty Abdullah yang ‘naik angin’ kerana bunyi bising dari bakaran mercun sehingga lewat malam.

“Kau cuti kau punya pasal. Aku kerja!”

Tolongla fikir keluarga yang ada anak kecil

Menurutnya, dia baru sahaja ingin berehat setelah penat bekerja dan menguruskan anak kecil, namun dikejutkan dengan bunyi bising sekitar jam 12.30a.m.

Ezzaty turut menggelar individu berkenaan selfish kerana tidak memikirkan jiran tetangga yang mahu tidur.

Harap semua memahami

Pelakon yang juga isteri kepada aktor Azwan Kombos ini mengakui terganggu dengan dentuman-dentuman tersebut dan meminta agar orang yang meraikan perayaan dengan mercun bersimpati dengan masyarakat sekeliling.

Dia juga meminta agar mereka faham tentang situasi keluarga yang mempunyai anak kecil berikutan bunyi-bunyi dentuman mampu menggangu tidur mereka.

 

Dalam pada itu, IG beliau mula di hujani dengan pelbagai komen selepas ig story berkenaan mercun mula tular di kalangan netizan

“Sy baru pindah rumah taman..sebelum ni dduk di rumah mertua dikampung..tahun ptma pindah mmg tkejut dengar bunyi mercun..sbb sebelah kanan kiri jiran cina..tahun kedua sy stnby earfon..pakai la start kul 12tghmlm tu..kul 1pg da xda bunyi pape..nak marah pon xbole kan sis..kita hidup kena tolak ansur..toleransi..mgkin sis bole pakai earfon utk tahun2 yg akan dtg..xlama kejap je sis”

Naa boleh sudah sis beli private lot. Pastikan yang kalis bunyi yaa, supaya asal perayaan kw nda dengar barang mercun2. Ngam juga tu beli kalau d hutan, siok, dgr bunyi2 unggas. Nyenyak juga kamu sekeluarga tidur. Nda tbangun2 anakmu. Sedia maklumlah kalau perayaan ahh sis. Hidup toleransi.

“Dah berzaman Malaysia ni apa2 perayaan kita main mercun termasuk raya, tak perlu kot maki2 hamun perayaan org lain main mercun.. Childhood sis ni mesti boring and dull”

 

Sedikit info mengenai Ezzaty Abdullah

Ezzaty binti Abdullah (lahir 7 April 1990) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Ezzaty mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2012 dan telah membintangi beberapa telefilem dan drama Melayu, antaranya ialah, Asmara Beijing, Delina, Tanah Kubur dan Stella.

Selain itu, Ezzaty muncul dalam filem Kau Takdirku yang ditayangkan pada 7 September 2017. Filem ini juga membariskan aktor hebat seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Kartina Aziz dan Aisya Hasnaa, filem arahan Jason Chong itu menampilkan kisah cinta tiga segi yang menyayat hati. Filem ini dikatakan mengambil masa empat tahun sebelum ditayangkan pada tahun 2017.

Ezzaty merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Nabila Huda dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; Ezzaty memegang watak sebagai Elina..

Ezzaty membesar di Bentong, Pahang. Beliau berkahwin dengan pelakon Azwan Kombos pada 16 Julai 2016. Beliau dikurniakan seorang anak bernama Harum Dahlia.

Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos jual mi udang semula

Kuala Lumpur: Pelakon Ezzaty Abdullah kini kembali menjalankan perniagaan mi udang bersama suami yang juga pelakon, Azwan Kombos bagi menampung kehidupan mereka selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.

Ezzaty berkata, banyak aspek yang membuatkan dia dan suami kembali berniaga antaranya selepas meneliti sistem kewangan mereka.

“Memikirkan simpanan kami yang semakin berkurangan. Perniagaan spa juga tak boleh dibuka dan sewa masih perlu dibayar, jadi saya dan suami memulakan semula perniagaan mi udang yang kami pernah jalankan ketika PKP pertama tahun lalu.

“Alhamdulillah, sambutan masih menggalakkan. Namun, jika sebelum ini kami siapkan lebih 100 pesanan sehari, tapi kali ini kami hadkan kepada 60 pesanan sehari,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ezzaty berkata, dia dan suaminya merujuk kepada pihak berkuasa dan menghantar sendiri pesanan-pesanan pelanggan mereka.

“Sebelum ini, kami menggunakan khidmat ada 12 penghantar. Namun, agak leceh juga apabila kena siapkan surat kebenaran dan sebagainya dan harga petrol juga semakin mahal. Jadi, kalau kami naikkan caj penghantaran, nanti kasihan pula pelanggan kami.

“Jadi, saya dan suami ambil keputusan untuk berpecah dan menghantar sendiri pesanan pelanggan di sekitar Lembah Klang. Kami pun ada merujuk kepada pihak berkuasa dan dapatkan surat kebenaran kerana tak mahu melanggar undang-undang,” katanya.

Selain itu, dia dan suami juga mengusahakan produk pes sambal serba guna.

Terbaru, Ezzaty sempat menghabiskan penggambaran telefilem Pai Kuasa Dua, sehari sebelum PKP dimulakan.

Drama lakonannya, Rahimah Tanpa Rahim dan The Maid juga kini sedang ditayangkan masing-masing di TV3 dan Astro.

Terima ‘paid review’ wanita sek.si tunjuk aset, Azwan Kombos kata dah tak boleh memilih – “Saya cuma post… bukannya dalam video itu saya atau isteri”

TINDAKAN pelakon Azwan Kombos memuat naik video reviu produk memaparkan wanita seksi di laman Instagram mengundang rasa kurang senang segelintir pengikut.

Menjawab kritikan netizen itu, Azwan berkata dia hanya menjalankan tugas seperti yang diminta oleh pelanggan selepas menerima bayaran.

“Saya tahu iklan tu tak sesuai, sebelum ini tak pernah pun bagi slot untuk iklan macam tu tapi disebabkan keadaan sekarang ini pendapatan tak menentu dengan komitmen yang perlu ditanggung, jadi saya perlu cari inisiatif dan membuka slot review di media sosial.

“Ya betul saya sebelum ini memilih, tapi sekarang dah tak boleh memilih sangat.

“Video itu disediakan oleh mereka dan saya hanya perlu post sahaja… lagipun bukannya dalam video itu saya atau isteri saya,” katanya kepada mStar.

 

Antara komen yang ditulis netizen.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Azwan berkongsi video reviu produk khusus untuk wanita dengan memperlihatkan seorang wanita menari sambil memaparkan sebahagian payudara.

Gara-gara aksi separa lucah itu, pengikut membanjiri ruangan komen dan menegur tindakan Azwan memuat naik video tersebut yang disifatkan kurang sesuai untuk tontonan umum.

Malah ada pengikut yang menyangka akaun Instagram suami kepada aktres Ezzaty Abdullah itu telah digodam.

Saya juga diberitahu jika hasil jualan banyak, saya turut mendapat komisen!

“Nampak tak sopan artis nak buat paid review macam ni… kena tapis dulu, yang follow artis ramai anak muda.

“Tak malu ke? Awak tu lelaki… dah macam tak ada benda nak review, saya yang tengok pun malu.

“Kena hack ke? Mohon delete! Tak elok la kongsi video macam ni, marketing sampah,” tulis pengikut.

 

Azwan dan isteri, Ezzaty Abdullah.

Dalam pada itu, Azwan memohon maaf jika iklan yang dimuat naik olehnya itu menyinggung hati mana-mana pihak.

“Saya minta maaf jika ada yang tersinggung dengan iklan tersebut… saya cuma post sahaja dan mendapat bayaran.

“Terpulang pada saya nak biarkan berapa lama video itu di Instagram saya, mereka tak ada bagi tempoh waktu pun.

“Malah saya juga diberitahu jika hasil jualan banyak, saya turut akan dapat komisen,” ujarnya

Sumber: Ezzaty Abdullah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*