Sharifah Shahirah Buat Hal Pergi Kedai Naik Kereta Sport, “Helmet pink..Sliper Hijo..Rare”

Siapa sahaja yang tidak mengenali selebriti bernama Sharifah Shahirah ini. Bukan sahaja bijak membuat lawak bersahaja, celotehnya juga cukup menghiburkan ramai ketika dia bersiaran sebagai penyampai radio di Suria FM. Antara selebriti ‘otai’ dalam dunia hiburan tanah air, Sharifah Shahirah juga antara figura yang memiliki barisan peminatnya yang tersendiri.

Sharifah Shahirah juga sering berkongsikan video harian kehidupannya di laman sosial Instagram miliknya. Tiada yang aneh dan mengjengkelkan, kadang-kadang video yang dimuat naik cukup menghiburkan pengikutnya di laman sosial tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)


Malahan baru-baru ini Sharifah Shahirah buat hal lagi dengan berkongsikan satu video dirinya yang mahu ke kedai membeli belacan. Bersedia dengan helmet pink di tangan dan lengkap berselipar jepun berwarna hijau, disangkakan artis ini mahu ke kedai menaiki motosikal.

Namun tekaan itu meleset sama sekali, rupa-rupanya Sharifah Shahirah ke kedai dengan memandu kereta sport dari jenama Lotus! Pergh, bukan main lagi dia! Berikut adalah video yang dikongsikannya itu:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

 

 

Video Sharifah Shahirah buat hal ini telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan 25 ribu likes. Rata-rata warganet dan rakan selebriti terhibur menyaksikan telatah ‘gila-gila’ Sharifah Shahirah ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Naik kereta juta2 pakai selipar Jepun jer..Hebatla”

Sharifah Shahira Buat Hal 3

“Adoiii sakit perut kita kakkkk”

Sharifah Shahira Buat Hal 2

“Adoi kak…Main pijak ke atas seat tu..Hihi…Warna helmet tu winnn”

Sharifah Shahira Buat Hal 1

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*