Tahu-Tahu Dah Kahwin, Kenali Suami Hannah Delisha Bukan Calang2 Orang

Pelakon cantik manis iaitu Hannah Delisha baru saja diijabkabulkan dengan Imam Shah yang merupakan seorang pelakon Singapura. Berita gembira itu dikongsikannya menerusi laman Instagram dengan meluahkan rasa syukur selepas lima tahun perkenalan bersama suami.

Selepas lima tahun

Menerusi perkongsian ringkas melalui laman Instagram, pelakon Singapura itu meluahkan kesyukuran selepas lima tahun perkenalan bersama Imam Shah, dan akhirnya pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Hannah kelihatan mengenakan busana pernikahan berwarna off white, tampil anggun dan manis. Namun, bagaimanapun, masih tiada perkongsian lanjut mengenai pernikahan mereka.

‘I love you’

Imam Shah turut berkongsikan posting yang sama mengenai perkahwinan mereka sebentar tadi. Difahamkan, pasangan ini bernikah di Singapura.

Bagaimanapun, rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini selamat menempuhi alam perkahwinan.

Siapa suami Hannah Delisha

Imam Shah merupakan salah seorang pelakon kelahiran Singapura yang berusia 32 tahun. Dia juga pernah membintangi beberapa buah drama TV3 dan antaranya Kau Yang Pertama dan Lafazkan Kalimah Cintamu. Kemudian, dia kembali ke Singapura untuk membintangi siri drama mini Saga bagi musim kedua.

Selain itu, dia juga merupakan seorang pelakon yang sangat komited dengan kerjayanya. Dia sebelum ini sering aktifkan diri ke pusat sukan bagi menambahkan stamina dan mendapatkan bentuk badan ideal untuk memegang watak seorang f1ghter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Hannah Delisha/http://trendingkini.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*