
Penangan pandemik,ramai yang terjejas,namun ramai yang mencari rezeki dengan menjual atau menjaja air ,makanan ditepi jalan,mahupun dipersimpangan lampu isyarat.
Tidak menghairankan ,sebaik saja lampu isyarat bertukar merah,akan kelihatan beberapa pemuda akan menghampiri setiap kenderaan sambil membawa jualan mereka.Dileher akan digantung spanduk yang berlabelkan apa yang mereka jual.
Tular dalam satu perkongsian di laman sosial facebook,terdapat satu aduan dari seorang pengguna dijalan raya,mengadu terdapat seorang warga asing yang sedang membancuh air ditepi jalan untuk dijual,manakala seorang lagi sedang menunggu untuk menjual sambil memegang label yang digantung dileher.
Difahamkan tempat itu ialah di persimpangan di Alpinia/16 Sierra.
Apa yang mengejutkan,tahap kebersihan sangat diragui kerana kelapa dan cawan yang berisi air kelapa itu diletakkan di atas jalan hanya beralaskan plastik sahaja.Malah kelihatan tudung bekas itu hanya diletakkan terus di atas jalan.
Warga Rohingya itu mengakui mereka mnjual air satu bekas RM5 dan memperolehi banyak untung.
Pengguna jalan raya memohon dan berharapkan pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera.
Video:
Selepas tular video tersebut ,ini diantara komen dari warganet.
Lokasi : persimpangan D’Alpinia/16 Sierra#inforoadblock
Sumber
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Info RoadBlock JPJ/POLIs
Leave a Reply