Berjaya Padam Api, Bomba Terkejut Jumpa Pondok Atas Bukit. Bila Diperiksa, Kantoi Benda Lain Pula

Kebakaran hutan bersebelahan ladang kelapa sawit di Bandar Springhill, di Port Dickson, hari ini membongkar penemuan sebuah pondok yang belum dikenal pasti pemiliknya.

Kejadian pada 2.48 petang itu disedari penduduk yang kemudian menghubungi Pasukan Bomba dan Penyelamat Port Dickson untuk membantu memadam kebakaran.

Seorang penduduk, Awangku Adanan, 45, berkata, ketika api menyala, dia ternampak seolah-olah kelibat individu menaiki motosikal keluar dari kawasan itu.

Bila diperiksa, ini yang dijumpai

” Tetapi saya tidak pasti siapa individu itu.

” Selepas api berjaya dipadamkan dan sekitar kawasan itu terang baru saya nampak macam ada pondok di atas bukit berhampiran kawasan terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati selain pondok, kawasan itu turut ditanam sayur-sayuran.

Turut kelihatan, beberapa ekor ayam kampung serta reban dan dua ekor anjing.

Bagaimanapun, penghuni atau pemiliknya tidak kelihatan.

Dalam pada itu, sumber polis ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya akan membuat siasatan lanjut berhubung kewujudan pondok itu.

” Kita akan menyiasat sama ada berlaku aktiviti h4ram atau ia hanya dijadikan lokasi rehat penduduk sekitar berkebun di situ.

” Ini kerana terdapat beberapa jenis sayur yang di tanam dan ternakan di kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi BBDP Port Dickson, Mustaza Sairan berkata, seramai 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera untuk memadam kebakaran sebaik menerima panggilan kecemasan.

” Kebakaran membabitkan kawasan seluas 0.2 hektar, namun tidak membabitkan mangsa.

” Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu berdasarkan komen warganet, rata-rata percaya pondok tersebut didirikan oleh pendatang tanpa izin.

Komen warganet

” Misteri sungguh..macam misteri nusantara..ntah2 PATI yang buat pondok tu. Mujur bomba datang kalau tak sampai sudah tak tahu”, komen Anep

” Orang tempatan rasanya tak berani nak buat pondok dan duduk dalam hutan camtu” komen Izhar

” Baik siasat betul-betul macam mana sampai boleh bercucuk tanam atas tu..penduduk tempatan bukan semua ada tanah kalau org luar datang senang2 buat hasil memang patut kena tindakan” komen Yazid

p/s: gambar atas kiri adalah sekadar hiasan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*