Sampai Media Sosial Kena Banned Kerana Hin4 Kpop. Ini tindakan ‘bijak’ Janna Seterusnya

NAMA pelakon Janna Nick sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila dikatakan mencetuskan kontroversi hingga mengundang kemarahan peminat artis Korea, Kpop.

Suasana lebih panas apabila wujud gerakan mengutuk Janna atau Nurul Jannah Muner, 26, dengan tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty hingga ia menjadi trending di Twitter.

Ia bermula apabila salah satu watak telefilem pertama arahannya, Delen dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig yang dikaitkan mempunyai persamaan dengan Lalisa Manoban atau Lisa daripada kumpulan Blackpink.

Ia dapat dilihat menerusi paparan skrin muat naik akaun Instagram @jannanickstudios yang disebarkan di media sosial

Tidak cukup dengan itu, Janna sendiri menggunakan akauan Instagram rasminya membalas komen pelakon Nazim Othman dengan perkataan ‘oink oink’ beserta emoji khinzir.

Bukan itu sahaja, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dia dengan kematian anggota kumpulan Shinee, Jonghyun, meninggal dunia pada 2017 kembali dikongsi peminat.

Walaupun hal berkaitan kematian Jonghyun pernah dijelaskan sendiri oleh Janna, namun ia tetap menjadi modal sasaran peminat Kpop.

Sehubungan itu hasil semakan mStar, akaun Instagram dan Twitter Janna kini sudah tidak boleh diakses.

 

Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua akaun media sosial itu dinyahaktif (deactivate) sendiri oleh Janna atau dipadamkan oleh pemaju platform berkenaan hasil daripada laporan yang dibuat peminat Kpop.

Menyifatkan kekecohan yang berlaku adalah akibat perbuatan fitnah, Janna akhirnya tampil membuat laporan polis.

“Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua account (akaun laman sosial) yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya.

 

“Segala screenshot telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat,” kata Janna.Pelakon ini mempunyai 6.2 juta pengikut di Instagram.

Kredit:MstarOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*