Selepas kena tegur dgn Uztazah Asma, Ini respon riak admin group ‘Riak apa hari ini’

Baru-baru ini, bertebaran di media sosial foto-foto yang terdapat di dalam laman Facebook Riak Apa Hari Ini. Meskipun baru sahaja ditubahkan tetapi sudah mendapat 137,800 orang ahli.

Namun, ‘group’ tersebut mendapat perhatian pendakwah bebas terkenal iaitu, Ustazah Asma Harun. Beliau memuat naik satu posting di laman Facebooknya dan ‘menegur’ agar admin kelab berkenaan menukar nama atau memadam akaun tersebut.

 

Susulan teguran daripada Ustazah Asma’ Harun agar tidak menggunakan perkataan riak untuk tujuan bergurau, seorang individu dipercayai admin group Facebook ‘Riak Apa Hari Ini’ tampil meberikan kenyataan.

Menurut individu tersebut, pihaknya tidak akan sesekali mengubah nama group mereka dan meminta mana-mana ahli yang tidak berkenan dengan ‘ketetapan’ itu untuk meninggalkan group tersebut.

“Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan…
“… Jangan indahkan perkataan keji “Riyak” atas nama gurauan,” bidasnya.
Kalau takut dosa, bolehlah ‘left’
Justeru itu, nasihat yang tajam dan pedih itu telah menyebabkan admin kelab berkenaan tampil membidas semula dan berkata sesiapa yang takut akan dosa, dipersilakan keluar daripada kelab tersebut selain masih berkeras untuk mengekalkan nama kelab tersebut.

 

“Terima kasih pada yang update pasal ceramah, tarbiah dari ustazah. Selepas berbincang dengan creator, kami akan mengekalkan nama group.

“Cuma pada yang rasa berd0sa nak duduk dalam group ini, bolehlah left. Kami tak paksa ye. Sebab kalau lihat kat luar sana, banyak lagi group-group yang terlebih dari da.hsyat.

“Contohnya group janda dan duda gersang. Haa, situ dengan posting dan aksi yang lagi dah.syat dipertontonkan tanpa ditapis oleh admin. Bagaimana tu?

“Jadi, sekali lagi kami ulang, pada yang tidak boleh nak duduk di dalam group ini nanti kena jil.at a.pi nera.ka boleh left ya,” katanya.

Terdahulu, menerusi perkongsian Ustazah Asma’ di Facebook, beliau menegur pentadbir kumpulan “Riak Apa Hari Ini” supaya menukar nama atau terus menutup kumpulan itu yang disifatkan mengindahkan perbuatan riak.

“Mohon admin group ‘Riak Apa Hari Ini’ boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.

“Perbualan bebas bergurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan kepsyen riak tapi kata gurau dan lain-lain yang sangat ai.b. Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan,” katanya.

Teguran itu turut disokong oleh rata-rata netizen yang kebanyakannya menggesa supaya akaun tersebut ditutup.

Seorang netizen dikenali sebagai Irdina berkata, perbuatan riak itu tidak sewajarnya dijadikan senda gurau.

“Sangat takut apabila riak itu pada awalnya hanyalah sekadar untuk berkongsi rasa. Kini dijadikan senda gurau pula, akhirnya bertukar jadi tabiat,” katanya.

Tinjauan di ruang komen juga mendapati teguran Ustazah Asma’ turut disokong oleh rata-rata netizen yang kebanyakannya menggesa supaya akaun tersebut ditutup.

Seorang netizen dikenali sebagai Irdina berkata, perbuatan riak itu tidak sewajarnya dijadikan senda gurau.

“Sangat takut apabila riak itu pada awalnya hanyalah sekadar untuk berkongsi rasa. Kini dijadikan senda gurau pula, akhirnya bertukar jadi tabiat,” katanya.

Baru-baru ini, akaun kumpulan Facebook tersebut menjadi tular di laman sosial.

Difahamkan kumpulan tersebut dicipta supaya pelayar Facebook boleh menunjuk-nunjuk kemewahan untuk tujuan bergurau dan menghiburkan semata-mata.

Akaun yang dicipta pada awal bulan Februari itu kini mempunyai lebih 120,000 pengikut.

Erti riak dan s0mbong

Kita semua tahu apa itu yang dimaksudkan dengan riak dan sombong. Sombong juga dikenali sebagai takbur. Ia merupakan istilah yang sering diguna dan disebut berhubung dengan sikap dan pe’el manusia.

Kita juga tahu ia dianggap sebagai penyakit hati yang tidak senang diubati kerana kesan-kesannya tidak kita rasai secara fizikal dalam tubuh badan kita. Tambah lagi jika kita tidak atau jarang sekali bermuhasabah diri.

ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman 31:18)

Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang, antaranya ialah riak atau sombong. Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata, sifat takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*