Instafamous langgar SOP giat dikesan, polis kelantan dedah perkembangan terkini kes

MEDIA sosial sejak Isnin kecoh dengan sekumpulan Instafamous yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) C0vid-19.

Polis Kelantan giat mengesan sekumpulan instafamous muda yang didakwa melanggar SOP ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada lewat petang Isnin.

Katanya, hasil semakan mendapati instafamous lelaki dan wanita itu memuat naik gambar di media sosial mereka bersama pasangan pengantin di atas pelamin.

“Instagram ‘Lobak Merah’ yang memaparkan terdapat beberapa individu dipercayai mel4nggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Kota Bharu.

“Hasil semakan mendapati beberapa keping gambar individu bersama pasangan pengantin tanpa penjarakkan fizikal dan tidak memakai pelitup muka serta hidung,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, polis kini giat mengesan individu terlibat dan meminta pihak yang mempunyai maklumat menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu si4satan.

“Ada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan individu terlibat yang gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta mempersoalkan pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen di bawah Peraturan 16, Peraturan- Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat),” katanya.

Pada Isnin, tular gambar kumpulan Instafamous terbabit bersama mempelai tanpa penjarakkan fizikal dan pelitup muka sebelum tular serta dikec4m teruk oleh netizen.

Lokasi tepat majlis bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Tindakan sekumpulan personaliti media sosial berkongsi foto dan video perjalanan merentas negeri di pantai timur mendapat kecaman hebat netizen di media sosial.
Menerusi kemaskini di Instagram mereka, perjalanan itu difahamkan untuk meraikan kenalan rapat mereka yang mendirikan rumah tangga pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, tindakan terbabit mencetuskan rasa ber4ng dalam kalangan netizen sekali gus mempertikaikan kepentingan tujuan mereka untuk merentas negeri ketika negara diancam pandemik.

Netizen Persoal Tujuan Asyraf Merentas Negeri

 

Selain meluahkan rasa kesal terhadap sikap kumpulan influencer itu, netizen mulai menyer4ng ruangan komen mereka.

Ada yang menyindir tindakan mereka ketika mana ramai yang masih menanggung rindu untuk bertemu keluarga walaupun ada yang berdepan kecemasan seperti kematian.

Malah, ramai yang mahukan alasan yang kukuh atas tujuan mereka merentas negeri selain mahukan ketelusan pihak berkuasa tanpa sikap double standard terhadap orang kebanyakan.

Justeru, netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tanpa segan silu berkongsi perkembangan mereka sepanjang berada di sana.

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang penjelasan daripada mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*