Impian Jadi Doktor Gigi, Uyaina Arshad Kongsi Perjalanan Hidup Untuk Calon SPM

Sijil Pelajaran Malaysia 2020 dijadualkan bermula 22 Februari 2021.

Ia setelah beberapa episod penundaan peperiksaan itu sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Dalam memberi semangat buat para calon SPM, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad tampil berkongsi nasihat dan kisah hidupnya berkaitan peperiksaan itu.

Perkara tersebut dinyatakan melalui satu hantaran di Instagram beliau pada 21 Februari 2021.

 

Menyatakan bahawa beliau ingin memberi nasihat buat calon-calon SPM, Uyaina turut memberitahu impian asalnya untuk menyambung pelajaran dalam bidang pergigian.

“Adik2 SPM semua esok dah start exam kan? Ramai yang dm Kayana mintak nasihat & semangat. Ni Kayana nak share sikit 🥰

Kayana SPM 12 tahun yang lalu. Waktu tu ambik 10 subjek, aliran sains tulen. Tapi cuma dapat 7A je. Kayana bukan la straight A’s student pun 😅 Niat nak sambung belajar dentistry tapi sebab Biology cuma dapat B+ je so tak lepas masa isi UPU.”

Namun, hasrat itu tidak tercapai kerana Uyaina tidak memenuhi syarat kelayakan.

Oleh kerana beliau aktif dalam berdebat ketika di sekolah dahulu, Uyaina telah memohon jurusan undang-undang sebagai pilihan kelima yang mana seterusnya menjadikan beliau sebagai seorang graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Malaya.

“Pilihan 1 sampai 4 semua dentistry. Pilihan kelima baru law sebab masa sekolah dulu, Kayana join debate club. So ingat macam debate time sekolah & belajar law tu lebih kurang la LOL 🤪 So instead of ambik dentistry, Kayana belajar law. And it’s a great course to learn and I wouldn’t have it any other way 😊”

Bagaimanapun, kerjaya beliau bukanlah dalam bidang yang dipelajarinya sewaktu di universiti.

Sebaliknya, beliau mengikut gerak hati yang berminat dengan pengacaraan dan lakonan.

“And to date, Yana tak jadi lawyer pun. I fell in love with hosting & acting. I feel happy doing it. Dan benda ni paling penting! Kayana kerja tapi tak rasa macam kerja 😊 Alhamdullilah nikmat pekerjaan yang baik Allah bagi..”

Kesudahannya, Uyaina merasa ia adalah keputusan yang tepat kerana beliau sangat menikmati kerjaya yang dimilikinya kini.

Oleh itu, Uyaina berharap para calon SPM supaya tidak terlalu bimbang dengan peperiksaan tersebut.

Namun begitu, mereka masih perlu membuat yang terbaik dan menghargai nilai ilmu yang dipelajari.

“So to my adik2, don’t worry. SPM is one of the biggest exams kita akan hadapi. Undeniably, we must do our best. But remember, SPM is just the beginning. Niat kita belajar bukan hanya untuk lepas exam, tapi untuk ilmu yang bermanfaat.”

SPM juga dikira sebagai satu permulaan untuk langkah kita yang seterusnya.

Belajarlah setinggi manapun, yang penting adab perlu dijaga, jasa mereka yang berbakti juga mestilah dikenang.

“Belajarlah setinggi mana pun yang adik2 mahu, kerana pendidikan & ilmu itu penting. Tapi ingat, jadilah orang berilmu yang beradab & berbudi bahasa. Sebab perjalanan hidup kita ni masih panjang.

Ingat mak ayah kita. Jadikan mereka sebagai pembakar semangat untuk kita berjaya & dapat berbakti semula kepada masyarakat. Kayana doakan adik2 semua dapat keputusan yang membanggkan ibubapa.”

Selain itu, Uyaina juga memberi nasihat untuk persiapan diri sebelum hari penting tersebut.

“Malam sebelum exam make sure tidur awal. Hari exam tu, bangun lebih awal. Refresh untuk kali terakhir pagi tu. Selawat banyak2. Dan buat sehabis baik. You can do this! ♥️

All the best adik2 ku 🥰

#SPM”

Wah, perjalanan hidup Uyaina rupa-rupanya berwarna-warni.

Namun beliau mengambil segalanya daripada sudut positif dan lihatlah beliau kini yang seronok dengan apa yang dimiliki.

Semoga semua dapat mengambil iktibar melalui perkongsian ini.

Buat calon-calon SPM khususnya, kami di Hot FM mendoakan yang terbaik buat korang, good luck!

Sumber: Instagram Uyaina Arshad

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber  :  https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*